Sunday, January 30, 2011

Countdown Day 5: Hosni Mubarak enggan undur

Hosni Mubarak enggan undur

KAHERAH 29 Jan. - Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan kembali membanjiri jalan-jalan di tengah ibu negara Mesir ini hari ini, melaungkan slogan mengutuk Presiden Hosni Mubarak dan menyerang polis, hanya beberapa jam selepas beliau memecat Kabinet dan menjanjikan pembaharuan tetapi enggan meletakkan jawatan.

Tindakan penunjuk perasaan memenuhi Dataran Tahrir, tengah Kaherah dan bertempur dengan polis buat hari kelima berturut-turut menunjukkan ucapan Mubarak di televisyen sejurus selepas tengah malam tadi gagal meredakan kemarahan rakyat yang sudah bosan dengan pemerintahan autokratik beliau serta kemiskinan, pengangguran dan rasuah di negara ini.

Mubarak, 82, tampil di kaca televisyen selepas beliau mengerahkan askar dan kereta kebal ke ibu negara ini dan beberapa bandar lain dalam usaha untuk membendung ledakan protes jalanan menentang pemerintahannya selama 30 tahun.

Beberapa kereta kebal ditempatkan di Dataran Tahrir tetapi askar tidak campur tangan dalam protes di situ hari ini….

Ulasan: Kalau rakyat dah protes kerana kamu, eloklah kamu letak jawatan. Egypt Baru lebih tenteram tanpa mu. Kamu hendak 10,000 rakyat mati di tangan polis kerana mempertahankan pemerintahanmu yang kejam selama ini. Ingatlah Mubarak lwn 85 juta rakyat.

No comments: