SHAH ALAM 6 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, semangat perpaduan orang Melayu semasa menumbangkan Malayan Union pada 1948 perlu dikekalkan oleh generasi masa kini jika tidak mahu nasib mereka menjadi seperti masyarakat Melayu di Singapura.
Bekas Perdana Menteri berkata, meskipun orang Melayu di republik itu hanya mewakili kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan penduduknya, golongan tersebut seolah-olah dipinggirkan dan ketinggalan…
Ulasan: Melayu Singapura jadi sedemikian bila UMNO (melaui Perikatan) menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew. Semangat perpaduan kita semakin menipis bila UMNO (komponen utama Perikatan atau BN sekarang) memerintah selama ini kita kerana tidak mengambil ruh agama sebagai dasar pemerintahan negara. Agama cuma menjadi alat bukan matlamat. Siapa yang sebenarnya menamatkan DEB? Rasuah (terutama kita yang menerimanya) telah merosakkan negara kita.
No comments:
Post a Comment