Friday, January 14, 2011

Rogol: Warga Pakistan dipenjara 17 tahun

KUALA LUMPUR 13 Jan. - "Saya takkan maafkan xxxx itu dunia akhirat!" 
Itu sebahagian daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh seorang pendakwa raya daripada seorang gadis yang diminta hadir di Mahkamah Sesyen di sini untuk memberitahu kesan ke atas dirinya akibat perbuatan bapa tiri yang merogolnya tujuh tahun lalu.

SMS yang diterima daripada mangsa semalam dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aishah KM Abu Bakar pada prosiding hari ini sewaktu memohon hukuman berat ke atas tertuduh yang merupakan warga Pakistan selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan merogol gadis tersebut.

Ekoran kesalahan yang dilakukannya, tertuduh berusia 28 tahun dan pernah bekerja di sebuah restoran dihukum penjara 17 tahun dan 12 kali sebatan….

Ulasan: Carilah suami yang beragama. Lebih aman dan selamat dunia akhirat.

No comments: