Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Michael Tene berkata, hukuman yang diputuskan ke atas wanita itu kerana menikam, memukul dan mendatangkan kesan melecur kepada Sumiati Salan Mustapa, sangat ringan berbanding tempoh maksimum 15 tahun penjara.
"Hakim di Arab Saudi mendapati wanita itu bersalah kerana mendera Sumiati, tetapi hukuman penjara tiga tahun amat tidak adil.
"Pihak pendakwa raya dengan sokongan peguam yang dihantar Indonesia akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu," katanya kepada AFP.
Isnin lalu, sebuah mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap majikan Sumiati kerana mengelar muka pembantu rumah tersebut dengan gunting, menderanya dengan seterika panas dan memukulnya sehingga mengakibatkan pendarahan dalaman dan patah tulang. – AFP
Berita lalu....RIYADH 6 Jan. - Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bertugas di Arab Saudi yang didakwa didera majikannya, hadir ke mahkamah buat kali pertama, semalam bagi menunjukkan kecederaan yang dialaminya akibat ditikam, dipukul dan melecur…
No comments:
Post a Comment