JAKARTA 6 Jan. - Penyanyi Ariel Peterpan tergamam dan tertunduk lesu ketika pendakwa raya menuntut agar dia dikenakan hukuman penjara lima tahun dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) atas tuduhan menerbitkan video lucah bersama selebriti Luna Maya dan Cut Tari.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Ilham didakwa di bawah Akta Anti-pornografi yang membawa hukuman penjara maksimum 12 tahun dan denda sehingga AS$600,000 (RM1.83 juta)
Keputusan perbicaraan bekas penyanyi Peterpan itu akan diumumkan dua minggu lagi.
"Sebagai seorang artis, Ariel tidak memberikan contoh yang baik kepada masyarakat serta tidak mengakui perbuatannya.
"Dia juga berbelit-belit dalam memberikan keterangan semasa perbicaraan," kata pendakwa raya di Mahkamah Bandung, Jawa Barat di sini hari ini…
Ulasan: Jadilah penyebar hidayah bukan penyebar maksiat. Jangan sampai lupa bahawa dunia keseronokan hanya sementara saja.
No comments:
Post a Comment