BAITULMAQDIS: Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav, didapati bersalah semalam atas tuduhan merogol seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Kabinet dan boleh dihukum penjara sehingga 16 tahun.
Dalam kes yang menggemparkan negara itu, Katsav, 65, dituduh memperkosa seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan pada 1998.
Mahkamah Daerah Tel Aviv juga mendapatinya bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan dan melakukan gangguan seksual membabitkan dua lagi wanita yang pernah berkhidmat di pejabatnya ketika beliau Presiden Israel.
Panel tiga hakim yang memutuskan kes juga menyifatkan keterangan Katsav penuh dengan pembohongan, lapor akhbar Haaretz…
Ulasan: Eloklah polis mulakan siasatan kes menteri rogol amah dan sebagainya. Orang kuat politik jangan ganggu siasatan ini.
No comments:
Post a Comment