TUNIS 24 Jan. - Polis Tunisia mengambil tindakan tegas terhadap sekutu-sekutu Presiden yang disingkirkan dengan mengenakan tahanan rumah ke atas dua pegawai berpangkat tinggi dan menahan ketua sebuah stesen televisyen swasta kerana didakwa cuba memperlahankan usaha Tunisia ke arah demokrasi.
Langkah yang diambil ke atas kroni dan penyokong setia Presiden Zine El Abidine Ben Ali itu dibuat ketika demonstrasi jalanan berlarutan di ibu negara ini dan usaha kerajaan sementara yang lemah untuk mengawal gelombang bantahan yang berterusan.
Beratus-ratus penunjuk perasaan kebanyakannya dari wilayah selatan ibu negara Tunisia, berhimpun bagi mendesak penyingkiran rejim Ben Ali yang memerintah selama 23 tahun….
Ulasan: Protes sampai menang. Sehingga kerajaan yang baik berkuasa semula.
No comments:
Post a Comment