BEIJING 24 Jan. - Semakin ramai wanita China diperdagangkan ke Asia Tenggara, Eropah dan Afrika oleh sindiket jenayah antarabangsa sebelum dipaksa terjebak dengan pelacuran, lapor sebuah akhbar tempatan hari ini.
Akhbar China Daily memetik seorang pegawai kanan polis sebagai berkata, kebanyakan wanita terlibat berasal dari keluarga miskin di kawasan pedalaman dan mereka diperdaya sindiket yang menjanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan atau kononnya ditawarkan menyambung pengajian di luar negara.
Menurut Ketua Jabatan AntiPerdagangan Manusia di Kementerian Keselamatan Awam, Chen Shiqu, kebanyakan kes perdagangan manusia dikategorikan sebagai kes domestik dengan wanita dari kawasan miskin seperti wilayah Yunnan dan Guizhou di barat daya China, dibawa ke bahagian lain negara itu sebelum dipaksa berkahwin.
"Bagaimanapun, trend memperdagangkan wanita China oleh sindiket jenayah ke negara luar untuk bekerja sebagai pelacur kini dilaporkan meningkat," katanya seperti yang dilapor akhbar China Daily….
Ulasan: Kenapa lelaki tidak membela wanita? Demi wang wanita di tipu dan dijual untuk pelacuran.
No comments:
Post a Comment