Friday, January 14, 2011

Tingkat usaha atasi jenayah siber

2011/01/14 KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menggesa ASEAN mengambil langkah berkesan untuk meningkatkan keupayaan menangani ancaman dan jenayah siber yang semakin canggih sehingga menimbulkan risiko besar kepada negara dan kerajaan. 
 
Dalam kesungguhan membangunkan ekonomi, Perdana Menteri berkata, cabaran baru dibawa kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak harus dilupakan kerana ancamannya boleh mengakibatkan kerosakan yang tidak dapat dibaiki terhadap ekonomi dan negara. 

Justeru, beliau mahu pembinaan keupayaan kerajaan dan pegawai penguat kuasa undang-undangnya dipertingkatkan supaya sentiasa peka untuk mengatasi ancaman siber sekarang dan pada masa depan….

Ulasan: Website lucah pun jenayah juga.

No comments: