Tuesday, January 18, 2011

Tunisia bentuk kerajaan baru

TUNIS 16 Jan. - Kepimpinan baru Tunisia mahu membentuk satu kerajaan campuran yang bersatu bagi usaha menangani kegiatan pencerobohan bangunan, perbuatan membakar dan tembakan yang berlaku selepas Presiden Zine al-Abidine Ben Ali digulingkan.

Speaker Parlimen, Fouad Mebazza yang mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara semalam, meminta Perdana Menteri, Mohamed Ghannouchi supaya membentuk satu kerajaan bersatu bagi membentuk perpaduan negara.

Pihak berkuasa Perlembagaan berkata, pilihan raya Presiden perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Askar dan kereta kebal ditempatkan di tengah bandar Tunis bagi mengawal kegiatan menceroboh bangunan apabila Ben Ali yang memerintah lebih 23 tahun, melarikan diri ke Arab Saudi ekoran rusuhan antikerajaan yang mengorbankan berpuluh-puluh nyawa…

Ulasan: Demikian berakhirnya rejim yang menyusahkan rakyat dan negara. Tahniah kepada warga Tunisia yang sanggup lawan tetap lawan mengalahkan kerajaan yang zalim.


No comments: