Tuesday, January 18, 2011

Kembalikan era intelektual Melayu

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Semua pihak bertanggungjawab diseru memperkasakan semula penggunaan tulisan jawi kerana ia mampu mengembalikan zaman kegemilangan intelektual Melayu pada masa lampau.

Sarjana Utama Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan berkata, langkah itu akan memeriahkan kembali wacana mengenai persuratan Melayu yang berkembang pesat sejak kurun ke-15.

Menurutnya, peradaban dan persuratan bahasa Melayu banyak terkandung dalam manuskrip serta hasil kesusasteraan golongan intelektual Melayu yang menggunakan tulisan jawi pada masa lalu.

"Indeks di Australia menunjukkan 1,829 manuskrip sastera Melayu dalam tulisan jawi disimpan di banyak perpustakaan negara itu hasil penulis seperti Hamzah Fansuri sejak 1600.

"Selain di negara kita sendiri dan Australia, manuskrip sastera Melayu dalam tulisan jawi juga boleh didapati di Jerman, Belanda dan Britain sehingga kini.

"Ini menunjukkan kegemilangan zaman intelektual Melayu boleh dikembalikan semula sekiranya para pelajar sekolah dan universiti mampu membaca jawi dengan baik dan sudah tentu ia perlu disokong banyak pihak yang bertanggungjawab," katanya…

Ulasan: Umno tegak tapi tulisan jawi makin mundur...

1 comment:

AzizMostafa said...

Tulisan jawi – Amat cantik
Digital Jawi kaligrafer — Wajib Dimiliki
http://sifoo.com/topic/315-taipset-jawi-dalam-word-indesign
http://70.32.105.174/files/MirEmad.pdf
kompatibel penuh untuk:
1. Word 2003+2007+2020 + Indesign Cs5 ++
2. Windows Xp + Vista +Windows 7
Semakin Terancam?! Semarak Jawi