2010/12/27 ALOR SETAR: Seorang abang 'bermurah hati' membiarkan rakannya meniduri adik perempuannya di sebuah hotel murah di Jalan Alor Mengkudu, di sini sebelum pasangan itu dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), petang kelmarin.
Dalam ‘Ops Krismas’ itu, lelaki terbabit yang berusia 24 tahun turut dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 22 tahun yang juga rakan adik perempuannya di sebuah bilik berasingan hotel berkenaan.
Ketua Operasi JAIK, Md Nasir Md Dali, berkata dalam pemeriksaan lanjut, lelaki terbabit hanya berseluar jeans tanpa baju manakala pasangannya memakai baju tidur nipis bertali halus tanpa coli dan seluar dalam.
Md Nasir berkata, pemeriksaan di bilik kedua pula, penguat kuasa JAIK menemui seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian lengkap berdua-duaan tanpa ikatan sehingga menimbulkan syak.
Beliau berkata, ketika disoal siasat wanita itu mengaku dia adik kepada lelaki yang ditahan di bilik pertama dan datang ke hotel murah itu bersama rakannya yang juga pasangan khalwat abangnya….
Ulasan: Sesungguhnya bernikah itu hanyalah kebaikan dan kebaikan. Dengan menikah, seronok dapat, pahala pun dapat dapat. Dan maruah orang perempuan lebih terjaga.
No comments:
Post a Comment