Tuesday, December 14, 2010

Tak bayar premium tapi kes menang juga?

Mustafa pertahan pendirian isu saman

KUALA TERENGGANU 13 Dis. – Langkah kerajaan negeri menamatkan konsesi balak yang diserahkan kepada syarikat Riyapadu Sdn. Bhd. pada 2003 diputuskan demi memastikan hasil negeri tidak hilang.

Bekas Exco kerajaan negeri pimpinan Pas ketika itu, Datuk Mustafa Ali berkata, ia dibuat atas pertimbangan menjaga amanah dan kepentingan rakyat.

Katanya, keputusan oleh kerajaan negeri dibuat oleh mesyuarat Exco yang turut dianggotai Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan negeri dan Penasihat Undang-Undang.

‘‘Ia bukan dibuat oleh Pas tetapi oleh kerajaan dan ini perlu dibezakan,” katanya yang juga Setiausaha Agung Pas dalam sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, syarikat berkenaan dipilih daripada enam syarikat yang menawarkan sebut harga bagi konsesi di kawasan seluas 16,587 hektar di Hulu Terengganu.

Menurut beliau, berdasarkan perjanjian, syarikat itu perlu membayar premium berjumlah RM260 juta secara berperingkat tetapi ia tidak dipenuhi yang memaksa kerajaan menamatkan konsesi.

Syarikat itu kemudiannya menyaman kerajaan negeri sebanyak RM1 bilion pada 2007 dan keputusan yang memihak kepada syarikat berkenaan dibuat dalam penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Oktober lalu….

Ulangan: Pelik juga. Tak bayar premium seperti perjanjian tapi menang juga kes.

No comments: