Monday, December 13, 2010

AS patut iktiraf negara Palestin

KAHERAH 9 Dis. - Pihak Palestin berharap Amerika Syarikat (AS) akan mengiktiraf sebuah negara Palestin yang merdeka sebagai respons terhadap keengganan Israel untuk membekukan pembinaan penempatan haram Yahudi.

Ketua perunding Palestin, Saeb Erakat hari ini melahirkan harapan agar pentadbiran AS mengiktiraf negara Palestin mengikut sempadan 1967 sebagai respons terhadap ketetapan yang dibuat sendiri oleh Israel berhubung kawasan penempatan haram serta langkah unilateral lain.

"Keputusan perlu diambil dan jika AS mahu mempertahankan penyelesaian 'dua negara', Washington perlu mengiktiraf negara Palestin mengikut garis sempadan 1967," kata Erakat kepada wartawan di sini semalam.

Beliau merujuk kepada Perang Enam Hari 1967 apabila Israel menawan Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis timur dan Genting Gaza.

"Tindakan Israel menggagalkan usaha-usaha AS meletakkan rantau ini di persimpangan jalan," ujar Erakat.

Beliau berkata demikian selepas rundingan antara Presiden Palestin, Mahmud Abbas dengan ketua Liga Arab, Amr Mussa, sehari selepas AS mengakui gagal dalam usahanya untuk memujuk Israel supaya membekukan aktiviti pembinaan perumahan haram Yahudi…

Ulasan: Israel mengada apabila Amerika selama ini akur dengan tindakannya. 

No comments: