KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak di negara ini sedar bahawa kerjasama pakatan pembangkang tidak akan berpanjangan kerana matlamat mereka hanyalah untuk menipu dan menyeleweng rakyat.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, sejarah membuktikan sepanjang mereka bergabung sama ada di dalam Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif atau terbaru Pakatan Rakyat, tidak pernah satu pun berjaya kerana masing-masing bersikap talam dua muka.
Beliau berkata, apa yang mereka cuba lakukan hanya sia-sia kerana kerjasama itu bukan didasarkan dengan ramuan keikhlasan, wawasan serta nilai yang dikongsi bersama.
''Mereka cuba meniru kita dari segi kerjasama namun, pada hemat saya, usaha ini sia-sia sahaja. Atas nama apa pun yang dicipta ia hanyalah percubaan-percubaan pembangkang untuk bersatu tetapi tidak mungkin berkekalan…
Ulasan: BN bukanlah pakatan politik yang terbaik. Tunggulah apabila wujudnya pakatan politik yang lebih baik dari BN, nescaya BN akan menjadi kenangan. Bersama-sama kita wujudkannya demi negara menjadi adil, bersih dan bebas dari rasuah.
No comments:
Post a Comment