Friday, December 24, 2010

Australia mohon maaf menahan salah Dr. Haneef

SYDNEY 23 Dis. - Australia memohon maaf secara rasmi kepada doktor warga India, Mohamed Haneef (gambar) kerana kesilapan pihak berkuasa menahannya pada 2007 berhubung percubaan militan untuk menyerang lapangan terbang di London dan Glasgow.

Langkah itu menyusuli pembayaran sejumlah ganti rugi yang tidak didedahkan kepada Dr. Haneef, yang ditahan dan didakwa memberi bantuan kepada sebuah pertubuhan pengganas selepas kad SIM telefon mudah alihnya dikaitkan secara salah dengan percubaan untuk meletupkan bom kereta di Britain.

"AFP (Polis Persekutuan Australia) mengakui ia telah tersilap dan Dr. Haneef tidak terlibat dengan kesalahan yang disyaki dilakukannya.

"Kerajaan memohon maaf dan berharap ganti rugi yang bakal dibayar kepada Dr. Haneef akan menandakan tamatnya babak malang ini dan membolehkan Dr. Haneef meneruskan kehidupan dan kerjayanya," menurut kenyataan di laman web Peguam Negara Australia…

Ulasan: Bukansemua orang setuju dengan perjuangan militan.

No comments: