Monday, December 20, 2010

PLUS: Kerajaan jimat hampir RM2 bilion

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Kerajaan dijangka mampu menjimat sebanyak hampir RM2 bilion untuk lima tahun akan datang berikutan keputusan menswastakan PLUS Expressway Bhd. (PLUS) melalui tawaran bersama oleh UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan mengambilalih kesemua aset dan liabiliti PLUS, kata seorang ahli perbankan pelaburan yang mengetahui tentang urus niaga itu.

Beliau yang enggan dikenali berkata, ketika jentera pelaburan (SPV) bersedia untuk mengambil alih aset dan liabiliti PLUS serta cuba mendapatkan pengecualian cukai sebanyak RM2.25 bilion (purata RM450 juta cukai setiap tahun untuk tempoh lima tahun), kerajaan sebaliknya pula akan dikecualikan daripada membayar pampasan sebanyak RM4.25 bilion yang perlu dibayar dengan kadar purata lebih kurang RM850 juta setahun untuk lima tahun akan datang…

Ulasan: Perangai BN lama: bila untung swastakan, bila rugi kerajaan tanggung.

No comments: