PUTRAJAYA 9 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran martabat dan jawatan seseorang bukan jaminan mereka tidak akan diambil tindakan jika melakukan rasuah.
Tegas Perdana Menteri, ia merupakan satu kesedaran yang harus diterima sekali gus membuktikan semua individu di negara ini hanyalah rakyat biasa yang tertakluk kepada undang-undang.
“Ada pihak cuba melemparkan gosip-gosip liar dan mempolitikkan isu rasuah, namun tindakan yang telah kita ambil selama ini membuktikan kita tidak memilih bulu.
“Bagi pihak kerajaan, saya sendiri tidak pernah campur tangan dalam operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Tidak timbul soal cover-up (melindungi) sesuatu kes kerana SPRM perlu memberikan penjelasan kepada Lembaga Penilaian Operasi bagi aduan yang tidak diambil tindakan,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Menandatangani Ikrar Memerangi Rasuah oleh Masyarakat Peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Dalam aspek ini, Najib berkata, kerajaan mempunyai keyakinan penuh kepada SPRM sebagai agensi bagi menangani gejala rasuah….
Ulasan: Nampaknya selagi UMNO berkuasa, agak sukar menangani rasuah kerana budaya UMNO yang sudah sebati dengan rasuah.
No comments:
Post a Comment