Wednesday, December 08, 2010

Tonjolkan kecantikan Islam

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu media massa di negara ini digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan Islam sebagai agama yang cantik dan menarik.

Beliau yakin langkah itu boleh dilakukan sekiranya umat 

Islam menguasai media massa di negara ini dan melakukan promosi tentang agama Islam secara tersusun.

“Kita juga harus promosikan Islam secara bersungguh-sungguh dan memperkenalkan Islam yang betul kepada dunia iaitu sebagai agama yang tidak jahat dan bukan ganas.

“Dunia harus mengetahui akan hakikat bahawa Islam sejak dahulu sentiasa memperjuangkan keamanan sejagat. Agama ini juga mengiktiraf hak individu, kebebasan beragama dan turut meletakkan wanita di tempat yang betul,” katanya.

Ulasan: Bukan sekadar di tonjolkan dan laungkan ke seluruh dunia tetapi juga mesti dilaksanakan dalam negara. Aksi sebagai bukti.

No comments: