Thursday, December 30, 2010

Biskop bela penganut Islam

FREIBURG, Jerman 29 Dis. – Ketua Persidangan Biskop Katolik Jerman, Robert Zollitsch semalam mempertahankan penganut Islam dan meminta penganut Kristian menjauhi pihak yang sengaja menghasut kebencian.

Beliau memberitahu Agensi Berita Jerman DPA bahawa gerejanya mahu mengadakan lebih banyak dialog dengan masyarakat Islam.

Ketika ditanya adakah amaran antikeganasan masa kini akan membawa kepada perbalahan antara Kristian dan Islam, beliau berkata, sehingga ini tiada tanda-tanda perkara itu akan berlaku.

“Penganut Kristian serta pihak yang tidak mempercayai agama di negara ini boleh membezakan antara pengganas, ideologi yang mereka ikuti dan jiran Islam mereka,” katanya.

Zollitsch berkata, penduduk Islam Jerman turut terdedah kepada ancaman keganasan sama seperti semua penduduk lain.

“Mereka juga mempunyai kepentingan yang sama dalam polisi negara seperti penghuni lain dalam masyarakat,” ujarnya.

Ketua biskop itu berkata, satu langkah penting bagi mengekalkan hubungan baik antara Kristian dan Islam di Jerman adalah dengan menghalang pihak yang suka mencetuskan masalah politik daripada mengeksploitasi ketakutan dan membangkitkan kebencian antara satu sama lain….

Ulasan: Risalah Islam ialah untuk mengembalikan kebahagiaan dan ketenangan kepada manusia di dunia akhirat. 

No comments: