Monday, December 13, 2010

Tuduh FELDA bankrap pengkhianat bangsa?

Tuduh FELDA bankrap pengkhianat bangsa

2010/12/13 PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak yang mendakwa FELDA bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang banyak berjasa kepada rakyat. 

Perdana Menteri menjelaskan FELDA sebenarnya adalah sebuah institusi yang berjaya dan mengubah landskap sosioekonomi negara selain mempunyai simpanan tunai yang banyak. 
 
“Dua tiga hari lalu, saya bermesyuarat dengan pengurusan FELDA, saya tengok akaun FELDA. Kalau semua saham milik FELDA yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh FELDA peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion. 

“Siapa kata FELDA bankrap...mana ada? Pengurusan FELDA kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan...(dan) selamat,” katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) 2010, di sini, semalam…

Ulasan: Banyak laporan SPRM telah pun dibuat dengan menyerahkan dokumen dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah serta penyelewengan yang khabarnya berlaku dalam Felda. Tunggu dan lihat kehebatan SPRM. Tak guna cakap di luar mahkamah. Bersiap-siaplah ke mahkamah membawa bukti. Biar bukti vs bukti.

No comments: