Monday, December 13, 2010

Kahwin awal: Kerajaan Melaka tidak berganjak

ALOR GAJAH 9 Dis. - Melaka tetap dengan pendirian menggalakkan remaja berkahwin awal biarpun keputusan tersebut akan mengundang reaksi negatif pelbagai pihak.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut sewajarnya berdiam diri kerana langkah itu diyakini mampu membendung kegiatan maksiat di kalangan remaja.

"Pihak yang tidak bersetuju dengan langkah ini adalah mereka yang tidak faham konsep perkahwinan awal, ia semata-mata bagi mengelak perbuatan zina, kita tidak boleh larang anak-anak remaja ini yang berhasrat untuk berkahwin awal.

"Kita bimbang, jika kita larang keinginan mereka ini, mereka akan terjebak dalam perbuatan zina yang akhirnya membawa kepada kes pembuangan bayi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Pembinaan Karakter Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Permata Resort Alor Gajah yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di sini hari ini.

Mohd. Ali mengulas mengenai reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri menggalakkan remaja berkahwin awal bagi mengelak perbuatan zina yang akhirnya menyumbang kepada kes buang bayi.

Bagi melaksanakan hasrat itu, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat keputusan memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan...

Ulasan: Dari berzina lebih baik bernikah. Dapat pahala. Seronok pun dapat. Halal lagi baik.


No comments: