Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, berdasarkan perancangan, pembinaan hospital itu dijangka mengambil masa 30 bulan untuk disiapkan dari tarikh milik tapak oleh kontraktor yang baru.
"Projek pembinaan Hospital Shah Alam dengan kos kontrak RM482.6 juta ini telah dimulakan pada 15 Nov 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011," katanya menjawab soalan Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Khalid ingin tahu status pelaksanaan projek pembinaan Hospital Shah Alam serta sama ada terdapat kontraktor baru yang telah dilantik melalui proses rundingan terus untuk menggantikan Syarikat Sunshine Fleet Sdn. Bhd.
Shaziman berkata, JKR telah mengeluarkan Notis Penamatan Kontrak kepada kontraktor utama pada 3 Sept lepas berikutan kelewatan pelaksanaan projek selama 62 hari dan ketiadaan sebarang aktiviti di tapak pembinaan sejak Ogos lepas. – Bernama
Ulasan: Semak balik penilaian tender yang selalunya disediakan oleh juruukur bahan senior dan bandingkannya dengan keputusan Lembaga Tender. Kewujudan kontraktor superman yang entah dari mana datangnya adalah tidak pelik dalam projek kerajaan BN. Demikianlah wang rakyat dibazirkan secara terencana. Beranikah SPRM menyiasat?
No comments:
Post a Comment