Ketua Pengarahnya, Datuk Zulkifli Omar berkata, pelaksanaan itu seiring dengan hasrat untuk mendekatkan golongan tersebut kepada agama ke arah memperteguhkan rohani dan jasmani mereka.
Bagi tujuan itu, katanya, pihaknya akan membina dan menyediakan sebuah pusat tahfiz khas di setiap penjara di seluruh negara tidak lama lagi.
“Buat masa ini, Penjara Seremban menjadi perintis pada program ini yang telah dimulakan sejak bulan lalu di mana ia dilaksanakan di bawah modul 3T iaitu talaqqi, tadarus dan tahfiz.
“Program 3T merupakan kesinambungan Pelan Pembangunan Insan (PPI) yang dilaksanakan di penjara seluruh negara membabitkan kelas pengajian al-Quran, ilmu hadis dan fiqah,” katanya selepas majlis perasmian Pusat Hafazan dan Pelancaran Program 3T di Penjara Seremban di sini hari ini…
Ulasan: Tahniah Jabatan Penjara.
No comments:
Post a Comment