KUALA LUMPUR 19 Dis. - Tahap pendidikan dan ekonomi golongan wanita yang semakin meningkat dikhuatiri antara punca utama berlakunya penceraian di kalangan pasangan suami isteri pada masa kini.
Peguam Syarie, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes-kes penceraian pasangan beragama Islam, faktor tersebut didapati semakin berleluasa atas beberapa sebab.
"Si isteri yang mempunyai kerjaya dan pendidikan serta taraf ekonomi lebih baik berbanding suami didapati mudah berasa bosan dengan kedudukan suami yang lebih rendah.
"Golongan isteri ini juga akan hilang rasa hormat terhadap suami apabila mereka terlalu biasa dengan kehidupan sebagai pemimpin di tempat kerja atau di dalam masyarakat. Jadi jalan penyelesaian adalah bercerai," katanya…
Ulasan: Carilah isteri yang solihah. Yang tak cinta dunia.
No comments:
Post a Comment