Azmin: Kuan Yuew tidak terima kepimpinan pembangkang
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentornya, Lee Kuan Yew didakwa tidak dapat menerima kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat pakatan pembangkang menguasai Putrajaya kerana ia akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, pimpinan Singapura termasuk Kuan Yew lebih rela UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara kerana beliau mendakwa parti itu begitu mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura.
"Mereka (Singapura) lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura. Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik," katanya dalam entri terbaru blognya bertajuk Fitnah Jelek SB Malaysia dan Agensi Perisikan Singapura di http://azminali.com….
Ulasan: Kedua-duanya sama saja iaitu belum pernah diperintah oleh pakatan pembangkang. Satu pihak lebih menyukai yang satu pihak lagi kerana sebab yang kita ketahui umum. Mesti ada sebab kenapa pakatan pembangkang mahu menjadi menjadi kerajaan persekutuan. Rakyat mesti berubah jika mahu melihat kerajaan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment