Friday, December 24, 2010

Wanita warga emas ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang wanita berusia lewat 50-an yang juga isteri orang, dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki warga Iraq di sebuah hotel empat bintang di pekan Kuah, Langkawi, malam kelmarin. 

Wanita beranak dua yang berasal dari xxxx itu dikatakan dalam proses perceraian dengan suaminya, dicekup Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADAL) kira-kira jam 11.50 malam selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat pasangan terbabit. 
 
Sumber berkata, ketika serbuan seorang lelaki berusia 46 tahun yang berpakaian lengkap membuka pintu bilik selepas diketuk anggota penguatkuasa PADAL. Katanya, lelaki warga asing itu yang terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota penguatkuasa PADAL membenarkan pemeriksaan dijalankan dan hasil siasatan menemui seorang wanita di dalam bilik hotel itu dalam keadaan panik dan takut. 

"Selepas disoal siasat mereka mengaku bukan mahram atau suami isteri dan PADAL mengesyaki pasangan itu melakukan maksiat di bilik hotel itu," katanya. 

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, wanita itu mengaku masih bersuami, manakala pasangannya mendakwa belum berkahwin dan menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di pulau itu. 

Katanya, lebih mengejutkan anggota penguatkuasa turut menemui dua kondom yang dipercayai sudah digunakan ketika membuat pemeriksaan di dalam bilik itu, sekali gus mengukuhkan bukti mereka melakukan maksiat. 
"Wanita yang berasal dari xxxx itu memberi alasan dia datang ke Langkawi atas urusan perniagaan. Walaupun menyewa di hotel mahal dan bertaraf empat bintang, mereka tidak akan terlepas daripada dicekup berkhalwat kerana kita akan membuat serbuan berdasarkan aduan yang diterima…

Ulasan: Latihlah nafsu supaya mentaati Allah di mana saja ikut cara Rasul SAW. Dengan itu kita akan mulia di sisi Allah.

No comments: