Tuesday, December 21, 2010

Jalan banyak selekoh berbahaya

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kerajaan perlu menaik taraf dan meningkatkan aspek keselamatan di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berikutan terdapat banyak selekoh berbahaya di laluan berkenaan yang boleh menyebabkan kemalangan.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S. K. Devamany berkata, laluan berkenaan termasuk di Kilometer 15, iaitu tempat nahas yang menyebabkan 27 penumpang bas persiaran terbunuh hari ini sering berlaku kemalangan.

''Kawasan kejadian memang selalu berlaku kemalangan. Lima tahun lalu, enam hingga tujuh orang telah meninggal dunia di tempat sama akibat kemalangan.

''Saya sendiri telah terlibat dengan empat kemalangan dalam tempoh tujuh tahun menjadi Ahli Parlimen di kawasan berkenaan. Dengan liku-liku yang begitu tajam, saya merayu kepada kerajaan untuk melihat kembali bagaimana (menaik taraf) jalan raya ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini…

Ulasan: Bila berlaku kemalangan, ada macam-macam cadangan. Kemudian dilupakan. Begitulah halnya negara yang belum maju.

No comments: