KUALA LUMPUR 19 Dis. - Viva Palestina Malaysia (VPM) menyasarkan kutipan derma RM1 juta untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin yang kini hidup menderita akibat kezaliman Israel.
Timbalan Presiden VPM, Siti Jamilah Sheikh Abdullah berkata, antara bentuk bantuan yang dirancang ialah membantu penduduk Palestin menjalankan kegiatan perniagaan.
"Hasil kutipan derma akan disumbangkan kepada rakyat Palestin terutamanya kaum wanita untuk membina semula kehidupan kerana ramai antara mereka yang menjadi balu selepas suami dibunuh oleh tentera Zionis.
"Kami telah berjumpa dengan mereka ketika kunjungan ke sana baru-baru ini dan mendapati mereka tidak ada pekerjaan untuk menyara kehidupan dan hidup dalam suasana menyedihkan," katanya….
Ulasan: Bersedekah tidak akan memiskinkan kita. Bantulah orang lain.
No comments:
Post a Comment