Thursday, December 23, 2010

Program 100 Hari pembangkang pembohongan besar?

Program 100 Hari pembangkang pembohongan besarKOTA BHARU 22 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan janji manis pakatan pembangkang untuk melaksanakan perubahan dalam masa 100 hari jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti hanya satu pembohongan besar. 

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika dikaji secara mendalam, kesemua janji tersebut hanya retorik dan tidak mampu dilaksanakan sekiranya keadaan ekonomi semasa negara diambil kira…



Hanya sedap didengar tetapi tidak realistik

IBARAT mimpi di siang hari. Atas sebab itu Program 100 Hari pakatan pembangkang jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 perlu dibuktikan secara fakta oleh ketua dan para sekutunya.

Untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya memerlukan lebih daripada congakan atau kira-kira angan-angan Mat Jenin.

"Angan-angan seperti ini tidak berasaskan kepada fakta," tegas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kepada Utusan Malaysia semalam….

Ulasan: Inilah peluang terbaik untuk rakyat melihat kebenaran Pakatan Rakyat. Kita sewajarnya memberikan undi kepada PR dalam pilihan raya depan. Kalau mereka tidak melaksanakan janji-janji itu, bererti mereka tidak akan mendapat sokongan rakyat lagi. Rakyat sewajarnya berani BERUBAH untuk kepentingan rakyat dan negara. No risk, no gain.

No comments: