Monday, December 06, 2010

Khir Toyo ditahan SPRM, akan didakwa kes rasuah

2010/12/06 KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira 9 pagi tadi. 

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali, berkata Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah…

Ulasan: Selepas penat rakyat mengarang laporan dan melapor kepada BPR (kini SPRM) dan apabila UMNO ditolak, barulah ada sedikit kesannya. Untuk lebih menyelamatkan negara dari rasuah, rakyat perlu mengundi parti selain BN.

No comments: