Thursday, December 30, 2010

SPRM pandang serius laporan Reuters

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius laporan agensi berita asing, Reuters semalam, berhubung wujudnya penglibatan pegawai kerajaan negara ini dalam kes rasuah oleh Syarikat Alcatel Lucent SA.

Menurut satu kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini hari ini, dalam laporan terbabit, penglibatan pegawai kerajaan itu membabitkan pembahagian kontrak syarikat telekomunikasi tersebut.

Katanya, sehubungan itu, SPRM akan membuat semakan dengan pihak-pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"SPRM berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan ini sehinggalah ia disahkan," kata kenyataan itu….

Ulasan: Eloklah jalankan siasatan without fear or favor.

No comments: