PM diminta campur tangan
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta campur tangan dalam menyelamatkan QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings Bhd. (KFCH) daripada dijual oleh Johor Corporation (JCorp).
Menurut beliau, campur tangan Najib perlu bagi melindungi kepentingan strategik milik orang Melayu di negara ini.
Beliau berkata, penjualan kedua-dua aset strategik milik JCorp bagi melunaskan hutang syarikat konglomerat itu sepatutnya bukan menjadi persoalan memandangkan nilai aset dan hartanya lebih daripada mencukupi untuk membayar hutang.
‘‘DPIM memandang berat isu berkenaan kerana ia melibatkan kepentingan orang Melayu secara khusus dan kepentingan Islam secara keseluruhannya.
‘‘DPIM difahamkan penjualan QSR dan KFCH adalah sasaran JCorp. Seperti yang disaksikan dalam pengalaman korporat, penjualan, termasuk pelucutan aset (asset stripping) adalah kaedah paling mudah, murah dan jalan pintas bagi sesiapa berminat untuk menjadi cepat kaya berlipat kali ganda.
‘‘Berikutan itu, sebarang usaha untuk melupuskan pelaburan tersebut memerlukan satu penelitian mendalam,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ridhuan berkata, pada akhir 2009, Kumpulan JCorp memiliki aset bernilai RM14 bilion dan usaha juga sedang dilaksanakan untuk membiayai semula pinjaman sedia ada dengan pihak bank.
‘‘Dengana adanya usaha strategik ini, JCorp tidak perlu melupuskan QSR atau KFCH, bukan sahaja melindungi kepentingan jangka panjang rakyat dan bangsa Melayu malah menyumbang kepada ekonomi negara dan agenda Melayu.
‘‘Agenda Melayu mempunyai kaitan dengan agenda Islam dan sekiranya syarikat yang dikuasai orang Melayu terus dirundung masalah, apakah yang akan berlaku kepada umat Islam di negara ini?’’ tambahnya.
Ulasan: Kalau ini terjadi ertinya Johor Corporation tidak mempunyai ruh jihad business seperti yang diwujudkan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim. JCorp hanyalah sebuah gergasi besar tetapi berminda kecil.
No comments:
Post a Comment