JAKARTA 19 Dis. – Lebih empat juta rakyat Indonesia menjadi pekerja asing di luar negara terutamanya di Malaysia, Singapura, Arab Saudi, Hong Kong, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait.
Menurut rekod Bank Indonesia (BI) sehingga September 2010, pekerja Indonesia di luar negara pada tahun ini menghantar pulang wang berjumlah AS$5.03 bilion (RM16.1 bilion), meningkat 2.44 peratus berbanding AS$4.91 bilion (RM15.22 bilion) dalam tempoh sama tahun lepas, lapor agensi berita Antara semalam.
Jurucakap bank pusat itu, Difi A. Djohansyah baru-baru ini berkata, pada tahun ini sehingga September 2010, Indonesia menghantar 427,000 pekerja ke luar negara, menurun 12 peratus berbanding 479,000 pekerja dalam tempoh sama pada 2009.
Dengan pertambahan pekerja itu, jumlah pekerja Indonesia di luar negara pada September 2010 mencecah 4.32 juta orang.
Kemiskinan dan kekurangan pekerjaan di negara sendiri adalah antara faktor yang memaksa mereka bekerja di luar negara.
Di sebalik banyak cerita gembira, terdapat juga beberapa kisah duka kerana pekerja menjadi mangsa tragedi dan penderitaan….
Ulasan: Asalkan rezekinya halal.
No comments:
Post a Comment