Monday, December 13, 2010

SPRM tunjuk belang?

SPRM Pulau Pinang tahan 65 bantu siasatan

2010/12/13 GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan 65 orang bagi membantu siasatan kes rasuah dalam tempoh antara Januari dan akhir November. 

Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md Yatim, berkata daripada jumlah itu 25 yang ditahan adalah dari kalangan mereka yang dipercayai memberi rasuah, dan antara yang ditahan termasuk dari kumpulan profesional, sokongan serta orang awam. 

Beliau berkata, SPRM sedang berusaha keras untuk menyedarkan orang ramai bahawa antara sebab berlaku rasuah ialah kerana adanya kalangan mereka yang sanggup "memberi". 
 
"SPRM melancarkan kempen besar-besaran untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa memberi rasuah juga adalah satu kesalahan besar mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Integriti dalam Industri Pembinaan disini hari ini…

Ulasan: Bagaimana kalau kontraktor yang terpaksa memberi rasuah kepada pihak tertentu ataupun tiada lagi peluang memasuki tender dan diawadkan kontrak yang akan datang? Bukan setakat menerima tetapi aktif meminta dengan pelbagai cara. Memang dari sudut agama kita, kedua-dua pihak penerima @ peminta rasuah dan pemberi rasuah adalah salah.

No comments: