Monday, December 06, 2010

Bersatu pertahan Putrajaya

2010/12/06 KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) bersatu tenaga dan hati mempertahankan Putrajaya demi masa depan rakyat Malaysia daripada pihak yang ingin memenuhi nafsu serakah dan tamak haloba untuk berkuasa. 

Perdana Menteri menegaskan sikap kepemimpinan pembangkang yang memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara menggambarkan sikap mereka yang antinasional. 
 
“Berhati-hatilah semua... berwaspadalah semua, mereka ini amat berbahaya. Mereka sanggup menjual apa saja termasuk memburukkan nama Malaysia di luar negara…

Ulasan: Bersatu pertahankan Putrajaya demi menyelamatkan kerusi masing-masing supaya terus menipu rakyat? Sejak bila BN melatih ahlinya supaya bebas dari nafsu serakah dan tamak haloba untuk berkuasa? Politik wang dalam UMNO sebagai contoh. Memburukkan Malaysia atau memburukkan kepemimpinan BN yang sememangnya buruk? Siapa yang buat duit diatas nama negara? 

No comments: