KOTA KINABALU 12 Dis. - Umat Islam khususnya ahli dan pemimpin Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) perlu memberi perhatian serius terhadap usaha pihak tertentu memesongkan akidah umat Islam melalui bantuan kemiskinan.
Yang Dipertua Usia, Tun Sakaran Dandai berkata, trend terbaru yang menyasarkan golongan miskin itu harus dibendung dengan melaksanakan pendekatan dakwah lebih agresif dan relevan.
"Sudah tiba masanya semua pihak melipatgandakan usaha kerana telah wujud satu trend bagi memesongkan akidah umat Islam yang dilakukan kononnya untuk bantu atasi kemiskinan.
"Trend ini mesti diberi perhatian serius khususnya di kawasan pantai timur Sabah," katanya berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan Usia Ke-24 di sini, hari ini….
Ulasan: Jauhkanlah kami dari kekafiran dan kefakiran. Perkemaskan iman umat Islam.
No comments:
Post a Comment