Thursday, April 30, 2009

Tegakkan Keadilan Tapi Jiwa Saya Masih UMNO...

Tajuk asal: Kini Baju PKR Tapi Jiwa Masih UMNO
Oleh AZIZI HJ ABDULLAH 
Kalau bukan disebabkan kes Mohd Fairuz ADUN Penanti yang letak jawatan baru-baru ini pun, kita sudah nampak di dalam PKR sebenarnya cukup banyak peleset dan polong UMNO berkeliaran. Mohd. Fairus letak jawatan bukan pasal kes rasuah sangat tetapi kerana angkara kawan tikam dari belakang dan yang tikam itu ahli PKR yang masih ada jiwa UMNO.

Tidak boleh dinafikan, sebahagian besar ahli PKR, terutama yang berjawatan semuanya bekas ahli Umno. Mereka masuk PKR sama seperti Datuk Sri Anwar Ibrahim yang menubuhkan PKR: kerana tidak mahu lagi bersama Umno/BN dan ada pula yang masuk PKR kerana wawasan yang cukup jauh, duduk dalam Umno pun tak ada apa yang dapat kerana nama mereka dibalck list pasal sokong Anwar.

Datuk Sri Anwar meletakkan inti pati perjuangan menentang ketidak adilan, rasuah, reformasi tetapi yang lain kebanyakannya tidak terjerap pun tuntutan perjuangan ini. Di dalam Umno dulu kebanyakan bergantung kepada Datuk Sri Anwar, maka apabila tertubuhnya PKR, mereka mengharap apa yang dimiliki oleh Datuk Sri Anwar dalam Umno akan ada di dalam PKR.

Apa yang silapnya?

Yang silap ialah kerana mereka terus membawa bungkusan, galasan, fail-fail malah perlembagaan Umno masuk ke pejabat PKR. Mereka membawa akta dan peraturan bisnes, penswastaan, lesen kontraktor dan slogan korporat Umno; esok mau makan siapa?

Mereka melaung ‘Reformasi’ dan ‘Keadilan’.

Tetapi pernahkah anda terfikir dan mendapat tahu, selepas mereka (terutama yang berjawatan) memasuki PKR, mereka telah bersedia duduk bersila, berhimpit sesak dalam saf mendengar tuan guru membaca kitab-kitab tentang hubbuddunya, hablumminannas. Pernahkah anda dengar setiap minggu ada usrah dari naqib-naqib?

Dalam ertikata yang lain, mereka tidak ada kitab untuk dijadikan pegangan perjuangan, iaitu kitab seperti yang ditulis oleh Fathi Yakan “Kenapa Aku Memilih Islam” dan lain-lain. Ertinya dalam perjuangan PKR, tidak ada satu kitab rujukan “Kenapa Saya Masuk PKR?”

Saya menulis begini hanya sebagai satu tamsil dan ibarat sahaja. Dalam ertikata yang lain, seseorang yang ingin menyertai sesebuah parti politik, ia perlu ditanam pancang yang kuat.

Pas (bukan nak puji tak tentu hala) yang partinya berdasarkan kepada perjuangan Islam, menegak Islam, meletak Qur`an di atas, maka ahli-ahlinya terlebih dahulu mengenali Islam serta cabangnya sedikit sebanyak. Selepas itu barulah mereka masuk Pas.

Maka atas alasan ini kita jarang mendengar, walaupun badai taufan kebendaan, kemewahan yang ditawarkan kepada ahli-ahli Pas, jarang berlaku tunggang terbalik. Jarang malah hampir tidak ada Adun Pas yang boleh dibeli, letak jawatan atau lompat parti. Kelantan pernah berkuasa hanya dengan satu suara majoriti, tetapi orang lain tidak mampu memelompatklan seorang Adun tersebut.

Orang-orang PKR kenalah tanya, kenapa boleh jadi begitu? Ketika bersumpah hendak menjadi calon bertanding, wakil Pas dimestikan membuat perjanjian dengan sumpah, selain memberi bai`ah, taat kepada pemimpin, mereka diingatkan bahawa sepanjang mereka menjadi wakil mereka dilihat oleh Tuhan dan mereka adalah orang yang diberi amanah.

Apalah sangat dengan janji taat setia begitu? Sedangkan dalam mana-mana parti pun, perjanjian dan pengakuan seperti ini dibuat.

Bagaimana pun, perjanjian, pengakuan kedua-dua ini sangat berlainan. Pas ada roh janji setia berlandaskan Tuhan, keikhlasan, telus, amanah dan ini bukan menefesto, perlembagaan parti tetapi ia berasaskan taqwa. Orang yang tidak ada pancang taqwa ini tidak akan dapat menerima hakikat ini.

Maka kerana itu, saya memandang PKR, apa yang berlaku akhir-akhir ini, sama ada melompat, keluar dan letak jawatan, ia bukan berakhir dengan memilih orang lain bertanding. Ini masalah dalaman, masalah roh, masalah ketaqwaan.

DUN Penanti, bagi saya, letaklah siapa pun hal yang sama akan berulang. Datuk Zaharin bukan penyelesaian atau YB Malik bukan penyelesaian. Mereka sama seperti tokoh-tokoh yang lain, berakar umbi dari Umno dan apa yang berlaku kepada Fairus, bukan mustahil berlaku kepada juak-juak PKR yang lain.

Oleh kerana itu, Datuk Sri Anwar mestilah bertindak cepat. Beliau mestilah menubuhkan satu Jawatankuasa atau Majlis Ulama PKR. Wajibkan setiap pemimpin, YB-YB dan Jawatankuasa parti mengikuti kuliah, usrah dari Majlis Ulama. Tanamkan kepada mereka kewajipan berjuang, keikhlasan, kejujuran, ketelusan dan minta mereka belajar mengikis sekeping demi sekeping daki danur Umno yang ada di dalam diri mereka.

Cepat-cepatlah belajar dari Pas. Setiap AJK, pemimpin parti, Adun atau YB dimestikan mengikuti usrah bulanan. Di sana mereka akan ditarbiah secukupnya.

Kita bukan menuduh hal ini buta tuli. Kejadian di Bukit Selambau, di mana Manikumar di pilih menjadi calon, maka muncul bantahan-bantahan, kemudian sampai keluar parti.

Apa jadahnya hal seperti ini, kalau bukan kerana perjuangan hanya mahu pangkat dan kedudukan? Bukankah ini tidak ada tarbiah yang sepatutnya?

Adakah Pas jadi begitu? Minta dijauhkan Allah dari takbur. Di Kuala Terengganu atau di Bukit Gantang sepatutnya ada ahli Pas bangun berontak sebab yang terpilih mereka yang sudah jadi YB, tapi Alhamdulillah dengan kefahaman yang mereka miliki, dengan erti jihad, erti telus, erti jujur dan berjuang kerana Allah, tidak ada pun yang muncul berontak apa lagi yang keluar parti. Malah boikot jentera pun tidak.

Apa yang berlaku dalam PKR menggambarkan perjuangan mereka bukanlah satu perjuangan yang memiliki kelainan, malah mereka masih berjiwa Umno walaupun sudah lama berbaju PKR.

Sokongan rakyat sekarang Alhamdulillah. Tetapi ia bukan seratus peratus kepada PKR sebaliknya rakyat mahukan satu perubahan, satu alternatif dan perubahan atau alternatif itu ada pada PR. Mood rakyat sekarang bukan kepada BN maka apa saja yang ada untuk mereka memilihnya, mereka akan memilih bukan Umno/BN.

PKR perlu muhasabah tentang ini. Yang jujur dalam PKR hanya seorang saja, iaitu Datin Sri Wan Azizah yang sanggup melepas kawasan kepada Datuk Sri Anwar. Tapi itupun kerana Datuk Sri Anwar. Mungkinkah akan dilepas jika bukan Datuk Sri Anwar?

Apapun cara penyelesaian yang dibuat kepada bekas Adun Penanti itu tidak akan dapat menjamin PKR dari tidak berlaku lagi. Yang mesti dikutuk ialah kepada orang yang menikam Fairuz dari belakang dan orang-orang seperti inilah yang mesti ditarbiah secukupnya kerana orang seperti inilah berbaju PKR tetapi jiwa tetap Umno; Umno dalam konteks ini ialah sikap dan karenah, feel keUmnoan apabila berada di dalam PKR.

Di Pulau Pinang, maaf cakaplah kerana saya tidak belajar politik tinggi. Tetapi dalam telaah dan firasat, tak seorang pun dari kalangan pemimpin PKR boleh menjamin ia tidak akan berulang seperti apa yang berlaku kepada Fairuz. Ia akan berulang. Ia pasti berulang selagi jiwa mereka jiwa Umno.

Atas alasan apa telaah dan firasat ini?

Bacalah dan lihatlah lenggok lenggang, langkah-langkah, dongak dan senyum, gaya dan stail. Mereka masih 80% Umno hanya 20% sahaja PKR. Yang boleh bertahan pun kerana Lim Guang Eng duduk di atas.

Mahukah kita menerima kenyataan ini?

http://aziziabdullah.blogspot.com/2009/04/kini-baju-pkr-tapi-jiwa-masih-umno.html

Akademi Fantasia Kian Hanyut

Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi

Saya menerima beberapa e mail dari rakan - rakan yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu program realiti TV yang semakin hanyut jauh ke kancah maksiat . 
Terdapat beberapa adegan berpeluk - pelukan antara pelajar lelaki dan guru perempuan sebaik sahaja peserta lelaki tersebut diisytihar keluar dari akademi tersebut .

Rangkul peluk dan bercium pipi, Ustaz! Begitulah ayat kawan saya lewat email yang dihantar . 

Saya bukanlah anti hiburan justeru hiburan dibenarkan oleh syara' . Apa yang jadi masalah ialah apabila hiburan dicemari oleh adegan dan aksi yang mengundang murka Allah swt.

Saya difahamkan ada pengkritik konsert Akademi Fantasia ini menyebut Alhamdulillah, syukur awak telah berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik sekali dan Alhamdulillah tarian awak juga cukup menghiburkan!.........[sedang penyanyi itu berpakaian seksi habis dan menari pula dengan gaya liuk lintuk mengiurkan].

Saya hanya tersenyum membaca celoteh geram seorang kawan mengenai perkembangan Akademi Fantasia ini . Saya tidak sempat untuk mengikuti perkembangan Akademi Fantasia kecuali sekali semasa era Mawi menyertai Akademi Fantasia. Aura Mawi berjaya menarik perhatian saya untuk sesekali menonton persembahannya jika berkesempatan.

Sejak dulu lagi, Akademi Fantasia telah ditegur oleh pihak Dewan Pemuda PAS Pusat agar tidak menampilkan aksi yang mengundang keruntuhan moral, juga teguran terhadap adegan pelajar dan guru berpelukan serta pergaulan bebas di dalam apartment akademi dan juga perlakuan di atas pentas.

Berhibur dan berseronok tidak salah tetapi mestilah mematuhi batasan agar tidak mengundang dosa dan murka Allah swt.

Seronoklah buat seketika di atas pentas. Tenggelam dibawah silau cahaya lampu dan hanyut dibuai fantasi serta teruja dek sorakan penonton yang menyokong. Tapi....bagaimana dengan pemerhatian Allah swt? Saya tahu, sebahagian besar peserta Akademi Fantasia ini adalah beragama Islam malah sebahagiannya bertudung. Saya yakin mereka faham maksud saya apabila saya bercakap soal dosa dan batasan pergaulan serta penampilan dalam hiburan.

Mestikah untuk menjadi seorang penghibur maka mesti berpakaian seksi, dedah dan berpakaian ketat? Mestikah juga membuat tarian menggiurkan sehingga merangsang syahwah penonton? Mestikah lelaki dan perempuan bergaul sebebas itu sehingga berpelukan dan bersilang tangan untuk bergelar bintang pujaan?

Penghibur yang baik mestilah mempunyai kreativiti tinggi untuk menghiburkan penonton tanpa perlu menjaja maruah dengan pendedahan aurat dan mempertaruhkan moral dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta melampaui batas yang dibenarkan oleh syara'.

Penghibur seperti ini sebenarnya bukan penghibur tetapi pemusnah masa depan diri dan masyarakat dengan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan murka Allah swt.

Saya benar-benar yakin, bahawa rakan-rakan artis yang beragama Islam khasnya sangat tahu nilai moral, akhlak dan batasan dosa dan pahala . Malang mereka gagal mengawal diri agar tidak terjebak. Mereka biar diri mereka menjadi korban nafsu yang hanya menanti azab kelak di akhirat.

Inilah masalah kepada dunia artis. Dunia yang sangat jauh dan asing dengan ilmu agama dan petunjuk Allah swt . Mereka mempunyai dunia dan planet mereka sendiri yang sukar diselaraskan dengan kehendak agama.

Saya masih yakin , jika kerajaan ini adalah kerajaan Islam atau paling tidak kerajaan yang bermoral dan mesra agama, dunia hiburan negara masih boleh diselamatkan agar tidak keterlaluan meniru gaya dunia artis dari barat yang tidak bertuhan.

Sebagai contoh di akademi fantasia , penganjur boleh adakan slot solat berjamaah setiap waktu dan setiap kali selepas solat atau paling tidak selepas subuh dan maghrib adakan siri tazkirah dan kuliah agama oleh ustaz-ustaz yang berilmu. Agar lahir seorang penghibur atau penyanyi yang bukan sahaja tahu batas dosa pahala tetapi benar-benar memahami tanggungjawab mereka seorang muslim .

Sekurang-kurangnya, melalui tazkirah agama menjadikan mereka benar-benar bertanggungjawab dalam bidang hiburan bukan untuk menambah dosa dan memerangkap manusia dalam kepungan mungkar.

Memang kedengaran pelik untuk adakan tazkirah dan solat berjamaah di Akademi Fantasia, tetapi boleh dilakukan bahkan wajar dilaksanakan. Hebat manapun artis dan setinggi mana ia mendapat pujaan dan anugerah ia tetap makhluk Allah yang mesti solat mengabdikan diri kepada Allah swt. Sementara tazkirah itu satu peringatan agar tidak leka dan alpa sehingga melakukan sesuatu yang keterlaluan dan mengundang murka atau bala Allah swt.

Peraturan dan ketetapan boleh dibuat oleh pihak berkuasa dan ia mesti dipatuhi . Masaalah yang kita hadapi ialah pihak berkuasa sendiri tidak memiliki kesedaran yang dimaksudkan sebalik turut menggalakkan maksiat dan mungkar. Benarlah kata hukama' manusia berada di atas cara hidup pemimpin mereka .

Hari ini ramai orang menganggap agama sebagai penghalang dan ini adalah salah sangka yang sengaja ditiupkan oleh musuh Islam dan golongan orientalis untuk menimbulkan fitnah dan rasa jelek masyarakat terhadap Islam. Padahal Islam tidak datang untuk menghalang tetapi mengislah atau memperbaiki keadaan agar menjadi baik.

Sebagai contoh, umum mengetahui betapa manusia perlukan hidup berpasangan. Lelaki perlukan perempuan maka demikian sebaliknya. Maka kedatangan Islam bukan menghalang fitrah ini tetapi mengislahkannya dengan sedikit peraturan seperti ijab qabul agar tidak berlaku perlakuan zina, sumbang mahram, rogol, lesbian, homoseks dan pergaulan bebas kerana ia merosakkan jiwa dan membinasakan nasab keturunan .

Demikianlah jua dengan hiburan. Islam datang tidak menghalang hiburan kerana memahami manusia perlukan hiburan. Tetapi Islam memulihkan keadaan hiburan agar tidak cemari oleh arak, dadah, pil ectasy, pergaulan bebas, pengabaian terhadap solat dan pendedahan aurat termasuklah lirik lagu yang tidak memuja nafsu atau mendorong ke arah penguasaan nafsu. Selebihnya berhiburlah dan ia dibenarkan oleh syara' .

Kalau kita dengar ucapan penyanyi sewaktu menerima anugerah atau pujian orang terhadap persembahan mereka, spontan mereka menjawab “Syukur, Alhamdulillah! Tanpa izin Allah, saya tidak akan sampai ke tahap ini!” .....[biarpun sedang ia berucap dengan kalimah demikian, pakaiannya mendedahkan separuh dada dan kainnya terbelah ke paras pangkal paha dan bersilang tangan dengan teman lelaki.]

Ertinya mereka keliru dan masih memiliki aqidah biarpun sekelumit dan saya percaya mereka masih ada harapan untuk dididik dan diselamatkan. Cuma kerajaan atau pihak berwajib mesti adakan program kesedaran dan motivasi keagamaan yang berkesan dan berterusan untuk mereka.

Jangan hanya mereka tahu menyebut kalimah Alhamdulillah tetapi mereka mesti kenal siapa Allah swt dan bagaimana untuk bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah swt.

Dari: http://www.detikdaily.net/v5//modules.php?name=News&file=article&sid=1510&mode=thread&order=0&thold=0

Ulasan: Kalau benar sayangkan sesiapa saja, terus berikan dia nasihat agama...

Empat tidak mengaku minta rasuah seks

PETALING JAYA 29 April - Selepas sebulan didakwa menerima rasuah dan menipu dua ahli perniagaan, tiga lelaki dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta rasuah daripada seorang ahli perniagaan sebagai dorongan membantu mendapatkan gelaran Datuk Seri.
Tiga lelaki itu bersama seorang lagi rakan mereka didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM350,000, telefon bimbit dan wanita bagi tujuan seks…

Ulasan: Kita patut rasa malu kerana dalam kes ini orang Islam meminta rasuah seks (jelasnya ZINA) dengan wanita kafir dari orang tengah juga orang Islam. Sesungguhnya RASUAH dan ZINA adalah antara dosa-dosa besar yang tidak wajar kita lakukan.

Australia tambah askar ke Afghanistan

CANBERRA 29 April - Australia akan menghantar 330 askar tambahan ke Afghanistan, sebagai reaksi kepada sekutu rapatnya, Amerika Syarikat untuk menghantar lebih ramai tentera bagi memerangi militan Taliban.

Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd berkata, askar tambahan dan sebilangan kecil anggota polis itu akan membantu melatih pasukan berkuasa Afghanistan dan keselamatan pilihan raya presiden pada bulan Ogos ini.

Mereka akan dibawa oleh kontinjen tentera ke negara itu yang kini mempunyai kira-kira 1,550 askar Australia dan menjadi penyumbang terbesar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

"Australia tidak akan tunduk pada ancaman keganasan di Afghanistan. Kita akan terus bekerjasama dengan sekutu kita dalam menghadapi ancaman," kata Rudd memberitahu wartawan di Canberra…

Ulasan: Ya Allah menangkan mujahidin di seluruh dunia.

Britain anak tiri askar Gurkha

LONDON 29 April - Kerajaan Britain pada Jumaat lalu, telah melonggarkan undang-undang imigresen, tetapi tidak akan menghapuskan, sekatan imigresen ke atas veteran- veteran tentera bersenjata Nepal di negara ini.
Kerajaan berkata, perubahan itu membenarkan kira-kira 4,000 veteran Gurkha yang bersara sebelum 1997 untuk menetap di Britain.
Bagaimanapun, peguam-peguam yang mewakili askar Nepal berkata, dasar baru itu masih terlalu terhad dan mengenakan terlalu banyak syarat untuk mereka yang mahu mendapatkan hak menetap di negara ini.
Askar-askar Nepal dibawa dari pergunungan Himalaya sebagai askar upahan, berperang untuk Britain sejak 200 tahun lalu, termasuk peperangan terbaru di Iraq dan Afghanistan…

Ulasan: Habis madu sepah di buang. Kita mesti jelas untuk apa perjuangan dalam hidup ini? 

PGM awasi samudera negara

PULAU PINANG 29 April - Kawasan perairan negara haruslah dijaga dan dipantau dengan baik agar keselamatan rakyat serta negara lebih terjamin daripada sebarang bentuk ancaman atau anasir-anasir yang negatif.
Tugas yang diberikan kepada mana-mana organisasi untuk memikul tanggungjawab itu bukanlah sesuatu yang mudah dan dipandang ringan kerana ia bertindak sebagai 'pintu hadapan' negara melalui jalan laut dan secara tidak langsung terdedah kepada pelbagai bentuk bahaya.
Begitulah yang dihadapi oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM), sebuah badan yang dipertanggungjawabkan bagi membanteras sebarang bentuk ancaman luar dan memerangi jenayah serta keganasan. Di samping itu, pasukan tersebut turut bertindak sebagai penyelamat jika berlaku kecemasan di lautan…

Ulasan: Semua ok bila rasuah sifar...bila orang kita TAK LAGI mengambilnya.

Husam tanding Timbalan Presiden?

KOTA BHARU 29 April – Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa membayangkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu berdasarkan perkembangan semasa terutama apabila timbulnya keraguan tentang ‘hubungan sulit’ Pas-UMNO. 

Beliau berkata, perkara utama yang perlu dilihat sebelum menawarkan diri ialah sama ada tindakan itu akan mengganggu arah tuju Pas dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. 

Menurutnya, Pas perlu membuat keputusan secepat mungkin kerana tempoh enam sehingga 12 bulan dari sekarang adalah waktu yang amat kritikal kerana diramalkan akan berlaku pilihan raya.

“Jika arah tuju Pas diperjelaskan dan tidak ada keraguan dalam hubungan sulit antara Pas dan UMNO, saya rasa tidak ada sebab besar untuk saya bertanding mencabar pemegang jawatan sedia ada. 

“Tetapi pada pendapat saya, trend yang berlaku sekarang wujudnya keraguan terhadap hala tuju Pas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Selain penyandangnya, Nasharuddin Md. Isa, Naib Presiden Pas, Mohammad Sabu, Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali turut berminat untuk bertanding jawatan itu...

Ulasan: Berkata Tongkat Warrant di dalam sajaknya Jiwa Hamba:

                  Ingatan kembali sepatah kata

                  dari ucapan seorang pemuka

                  Di atas robohan Kota Melaka

                  kita dirikan jiwa merdeka.

Wahai pejuang, jangan bersedih: Di atas robohan BN/UMNO, kita dirikan Malaysia Baru.

N.H. Chan: An inconvenient judge

Excerpt from an interview:

Q: Why do you think the people are angry?

A: Do you know why the Perakians were up in uproar against the Sultan of Perak?

It's because, as any lawyer will tell you, especially as he was Lord President before, that before you make a decision, you cannot see the parties. If you want to meet any of the parties, both of them must be present. You never do so by seeing one and then making a decision. The moment you do that, to the losing side or to any observer will think you have been influenced. So it's the impression that counts.

They were angry with the Sultan because they can sense it in their bones that it is wrong to make a decision to see the other side first.

Q: Is the Sultan morally wrong or legally wrong?

A: If the Sultan had executive powers to rule, it is legally wrong, so they could apply for judicial review of the Sultan's decision. But I pointed out in my first article he has no executive power to rule because he is not an executive monarch, he is a constitutional monarch. What he did was morally wrong.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/24996-nh-chan-an-inconvenient-judge

Sajak: Ibuku ~ Usman Awang

IBUKU mempunyai seribu mimpi
Yang dipikulnya tiap hari
Sambil menimangku ia pun menyanyi:
Timang tinggi-tinggi,
Dapur tak berasap,
Bila besar nanti,
Jangan masuk lokap.

Ibuku tidak mengenal buku dan sekolah
Tiap pagi terbongkok-bongkok di lumpur sawah
Menggaru betisnya yang dikerumuni lintah.
Hatinya selalu teringat
Suaminya yang mati melarat
Setelah dikerumuni lintah darat

Ibuku tangannya kasar berbelulang
Mengangkat bata-bata bangunan
Wajahnya dibedaki debu berterbangan.
Ibu tidak pernah mengenal supermarket
Tinggal di bilik sempit
Upahnya buruhnya sangat sedikit

Ibuku tidak punya TV
Tidak berpeluang pula menontonnya
Tak pernah mengikuti laporan parlimen
Atau ceramah bagaimana menambah jumlah penduduk
Tidak pula tahu adanya forum kemiskinan
Atau pertunjukan masak-masakan
Dengan resepi yang sangat menakjubkan

Ibuku setiap pagi berulang ke kilang
Bekerja dengan tekun hingga ke malam
Mikroskop itu menusuk matanya dengan kejam
kaburlah mata ibu diselaputi logam

Ibuku tidak tahu tentang hak asasi
Apalagi tentang seni dan puisi.
Jika ditanya makna melabur
Nama-nama saham yang menjanjikan makmur
Atau tentang dasar pandang ke timur,
Ibu tersenyum menunjukkan mangkuk bubur
Yang melimpah kanji beras hancur

O ibuku sayang
Di negerimu kau menumpang.
Sesekali kudengar ibu menyanyi
Pantun tradisi caranya sendiri:
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,

Bercakap bohong,
Tak boleh jadi menteri


- Usman Awang
( Dipetik dari Puisi-puisi pilihan Usman Awang)
dari http://penyair.wordpress.com/2007/05/15/jiwa-hamba-tongkat-warrant/

Sajak: Jiwa Hamba (Tongkat Warrant)

Menung seketika sunyi sejenak
kosong di jiwa tak berpenghuni
hidup terasa diperbudak-budak
hanya suara melambung tinggi

Berpusing roda, beralih masa
berbagai neka, hidup di bumi
selagi hidup berjiwa hamba
pasti tetap terjajah abadi

Kalau hidup ingin merdeka
takkan tercapai hanya berkata
tetapi cuba maju ke muka
melempar jauh jiwa hamba

Ingatan kembali sepatah kata
dari ucapan seorang pemuka
di atas robohan Kota Melaka
kita dirikan jiwa merdeka

~ Tongkat Warrant (Usman Awang)
~ Dipetik dari Puisi Baharu Melayu
dari http://penyair.wordpress.com/2007/05/15/jiwa-hamba-tongkat-warrant/

Wednesday, April 29, 2009

Kebenaran sudah hampir TAPI SILA BERJAGA-JAGA

Tajuk asal: Kebenaran sudah hampir, Nizar

Kali pertama namanya mucul di dalam sesuatu pilihanraya umum ialah menentang Rafidah Aziz pada pilihanraya umum tahun 2004. Pada PRU12 2008, diberi mandat oleh PAS bertanding di DUN Pasir Panjang dan menang. Dan baru-baru ini telah memenangi parlimen Bukit Gantang.

Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School (ACS) Kampar. Kemudian naik ke Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-level dan ijazah di England.

Itulah anak muda yang dilahirkan pada 17 Mac 1957 yang lalu yang bernama Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau berkelulusan dari Aston University of Science & Technology di Birmingham, England di dalam bidang Mechanical Engineering.

Nizar mempunyai kebolehan bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil.

Namanya melonjak naik semasa kemelut politik negeri Perak semasa peristiwa 'perampasan kuasa' pada 6 Februari 2009.

Semasa beliau menjadi Menteri Besar lebih kurang 11 bulan, namanya mulai meniti disetiap bibir kawan dan lawan. Kepimpinannya mulai terselah. Musuh politiknya mulai gerun dengan kehebatan beliau berpidato, menyelesaikan banyak status tanah, tidak kira warna kulit, kehebatannya mendapat tempat yang teristimewa dihati rakyat berbilang kaum di negeri Perak khasnya.

Kini beliau diuji, musuhnya memang ingin 'melenyap'kan terus beliau dari bumi Perak. Kehadirannya di dalam peta politik negeri Perak seolah menjadi duri dalam daging orang-orang UMNO. Beliau merupakan satu ikon perpaduan kaum selari dengan slogan PAS for All.

Ada juga kawan-kawan menyifatkan beliau seperti Pak Kadok. Menang sorak kampong tergadai (hilang kuasa).

Saya amat TIDAK bersetuju, kerana kemunculan beliau bukan diminta. Beliau hanyalah memikul amanah parti. Beliau memikul amanah rakyat. Rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat. Tiba-tiba, mandat yang diberi oleh rakyat disentap, direntap, di'cabul', di'rogol' dan dirampas tanpa belas kasihan, tanpa rasa hormat kepada rakyat dan demokrasi oleh UMNO/BN.

Beliau yang begitu komited dengan PAS tidak akan sesekali berundur mengangkat bendera putih. Beliau akan menggunakan setiap 'avenue' yang ada untuk mengambil balik hak rakyat yang dirampas. Ini satu amanah Parti.

Masa kearah itu sudah hampir. Kenyataan serta kebenaran sudah dekat. Sikit saja lagi. InsyaAllah pertolongan dari langit akan dinikmati dan akan kembali memegang serta memikul amanah rakyat.

Ulasan: Semoga di kabulkan Allah. Tapi kita perlu berhati-hati kerana lawan kita - BN/UMNO tidaklah baik macam Nizar, PAS dan Pakatan Rakyat. Teruskan berdoa.

Plaza Rakyat harus dikembalikan kepada rakyat

Najib tinjau Puduraya, Jalan Tuanku Abdul Rahman  KUALA LUMPUR 25 April – Tiga minggu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang untuk melawat tiga kawasan di tengah-tengah bandar raya, Perdana Menteri hari ini melakukan satu lagi kejutan berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Hentian Puduraya yang sentiasa sesak dengan lalu-lintas.  

Perdana Menteri kemudiannya menaiki perkhidmatan LRT yang penuh sesak ketika itu. Beliau terpaksa berdiri dari stesen Masjid Jamek ke stesen Plaza Rakyat sebelum berjalan kaki ke Hentian Bas Puduraya yang juga sesak.  

Najib kemudian bergerak untuk memeriksa bangunan projek Plaza Rakyat yang lama terbengkalai di sebelah Puduraya sebelum berlepas balik pada 4.25 petang. 
Mengenai projek Plaza Rakyat, Raja Nong Chik berkata, Najib mahu pemaju diberi kata dua untuk menyiapkannya.  

“Perdana Menteri mahukan kami memberikan had masa kepada pemaju menyiapkan projek itu. Jika mereka tidak dapat mematuhinya, kami akan tamatkan kontrak dan cari jalan lain,’’ ujarnya. 

Projek, yang pada mulanya menelan kos RM1.2 bilion itu telah diabaikan selama 12 tahun selepas ia bertukar tangan beberapa kali. Pemaju sekarang ialah Global Upline. 
– BERNAMA 

KOMEN: 
Wakil Rakyat, Ahli Parlimen, Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri memang kelihatan cantik dan betul-betul membuat kerja apabila selalu turun padang dan melawat kawasan atau bertemu rakyat. 

Hakikatnya selepas setiap lawatan rakyat menaruh harapan yang tinggi ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu apakah kesan, tindakan, perubahan dan hasil selepas dari setiap lawatan tersebut.  

Jika tidak ada apa-apa tindakan dan hasil lebih baik YAB dan YB-YB jangan melakukan lawatan takut nanti rakyat melabelkan YAB dan YB-YB sebagai pembohong dan mungkir janji. 

’Iddah paling lama yang rakyat boleh tunggu ialah 3 bulan untuk mengetahui hasil dari lawatan itu. Kalau lebih rakyat akan naik ”fedup” dan yang panas akan sejuk yang segar akan menjadi basi, yang rangup akan menjadi lemau, yang sakit akan parah. 

Kadangkala adalah lebih baik jangan membuat lawatan langsung kalau tidak boleh membawa perubahan. Lebih baik YAB dan YB-YB duduk diatas kerusi empok didalam pejabat sambil tunggu pilihanraya akan datang seperti kebanyakan wakil-wakil rakyat PAS dan PKR. 

Contoh seperti Plaza Rakyat dan Puduraya yang sudah 12 tahun di dalam penantian rakyat, tertunggu-tunggu kerana di situlah tempat pertama rakyat dari kampung, ulu dan banat seluruh negara yang menaiki bas express mula mendarat di bumi Ibukota Kuala Lumpur . 

Projek-projek kelas atasan seperti KLIA dan LCCT telah lama siap sebelum dari Plaza Rakyat lagi. Tetapi mungkin atas nama ”Rakyat” dan tidak menguntungkan tauke-tauke besar maka ia dibakulsampahkan atau dijadikan alat untuk melonjak saham-saham syarikat besar dalam pasaran saham. 

Sama-samalah kita lihat hasil dari lawatan DS Najib ini. Mungkin ada hikmahnya Tsunami Politik BN pada PRU12 yang lepas maka hak rakyat mula dapat dirasai oleh rakyat di bawah kepimpinanan Najib.  

Global Upline adalah kontraktor yang bertanggung jawab terhadap kegagalan Plaza Rakyat. Mereka adalah kontraktor kroni Daim dan Mahathir. Satu ketika dahulu Mahathir sangat mengagung-agungkan Ting Phek King ini kerana berjaya menyiapkan D'lima Resort Langkawi, hotel 1000 bilik dalam jangka masa yang singkat....

Dari: http://mummyrokiah.blogspot.com/

Kes agama anak : Kerajaan BN keliru lagi...

Tajuk asal: KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Saya merujuk kepada kenyataan yang disiarkan oleh akhbar tempatan memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Aziz berkatan isu perceraian dan hak penjagaan kanak-kanak yang melibatkan seseorang yang "convert" atau memeluk agama Islam.

Sekali lagi isu berkaitan status agama seorang kanak-kanak apabila salah seorang daripada ibubapanya memeluk Islam dan hak seseorang "mua'alaf' dalam hal perceraian dibangkitkan dan diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu.
Ini merujuk kepada kes terbaru melibatkan seorang bernama Pathmanaban atau kini dikenali sebagai Mohd. Ridhuan Abdullah, dimana beliau yang asalnya beragama Hindu telah memeluk agama Islam. Beliau juga dikatakan telah menukar agama anaknya yang lahir daripada keluarga Hindu kepada Islam. Isteri beliau dikatakan tidak mengetahui akan perkara ini.

Kini timbul isu yang diperbesar-besarkan tentang hak menukar agama anak bawah umur daripada bukan Islam kepada Islam oleh mana-mana ibu bapa yang memilih memeluk agama Islam.

Sebenarnya isu ini telah pun dijawab dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Subashini dimana Mahkamah menyatakan bahawa isu ini tertakluk kepada Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 12 (4) memperuntukkan bahawa "ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya"..

Mahkamah Persekutuan menafsirkan bahawa hak menentukan agama seseorang kanak-kanak bergantung kepada mana-mana salah seorang daripada mereka iaitu ibu, bapa atau penjaga. Bermakna salah seorang daripada mereka berhak untuk menentukan agama yang boleh di anuti oleh anak-anak mereka.

Oleh itu tidak timbul isu dalam kes Pethmanaban @ Mohd. Ridhuan yang menentukan agama anak beliau sebagai Islam sesuai dengan agama yang beliau anuti sekarang.

Malahan dari segi hukum syara', ada pendapat yang menyatakan bahawa semua kanak-kanak dibawah umur akil baligh dianggap Islam sebagai agama fitrah. Samada mereka disyahadahkan secara formal atau tidak itu tidak menjadi isu. Sebab itu kalau mana-mana kanak-kanak dijumpai tanpa dapat dikesan ibubapanya, atau ditemui mati tanpa diketahui agamanya, maka kanak-kanak itu adalah di anggap Islam dan akan diuruskan sebagai seorang Muslim.

Ini sekaligus menyanggah tanggapan mereka yang menyatakan dalam kes seseorang itu masuk Islam tanpa pengetahuan keluarga, maka ini akan menganiaya anak-anaknya kerana mereka tidak mendapat pusaka. Inilah antara isu yang ditimbulkan didalam kes Allahyarham Mohd. Moorthy Abdullah. Sebaliknya jika seseorang itu masuk Islam dan meninggal, walaupun anak-anak beliau tidak di syahadahkan secara formal (apatah lagi kalau masih bayi dll), maka anak-anak itu di anggap berhak mewarisi pusaka beliau menurut hukum pusaka dan pembahagian faraid didalam Islam.

Ada pihak menyatakan bahawa ini tidak adil kerana menyebabkan ibu itu hilang hak jagaan terhadap anak-anak mereka.

Isu ini juga tidak timbul kerana hak menukar agama dan hak jagaan adalah dua isu yang berbeza. Ini telah dijawab juga oleh Mahkamah dalam kes S. Shamala dimana bapa yang telah memeluk agama Islam dan menukar agama anak-anak beliau sekali tidak diberikan hak jagaan, sebaliknya hak jagaan diberikan kepada ibu yang hindu, dengan satu caveat yang ibu itu tidak boleh menukar agama anak-anak tersebut.

Disana terdapat juga tuduhan menyatakan bahawa si suami memeluk Islam sebagai pintu belakang" untuk menafikan hak jagaan ibu tersebut. Ini adalah kerana apabila bapa tersebut memeluk Islam dan menukar agam anak-anaknya ke Islam, beliau akan pergi ke Mahkamah Syariah dan mendapatkan hak jagaan. Sebaliknya ibu itu didakwa tidak boelh pergi ke Mahkamah Syariah kerana beliau bukan Islam. Dan beliau tidak boleh mendapatkan perintah Mahkamah Sivil kerana berdasarkan Artikel 121 (1A), Mahkamah Sivil tidak ada bidangkuasa membicarakan hal ehwal berkaitan dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah, dan hal jagaan kanak-kanak Islam adalah dalam bidangkuasa hadhanah Mahkamah Syariah.

Saya tidak menafikan ujud disana segelintir dikalangan mereka yang memeluk Islam dan memperkudakan sistem perundangan sedia ada untuk mendapatkan perintah jagaan anak dan menafikan pihak yang bukan Islam daripada keadilan sewajarnya. Bagi saya ini suatu persepsi yang salah dan harus diperbetulkan.

Saya berpendapat bahawa isu ini sengaja diputarbelitkan untuk kepentingan sempit golongan tertentu. Sebagaimana kita maklum, apabila timbul isu hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak, maka Mahkamah Syariah, sebagaimana Mahkamah Sivil akan membicarakan kes tersebut berdasarkan prinsip kebajikan kanak-kanak itu yang diutamakan. Tanggapan menyatakan bahawa si bapa akan mendapat hak jagaan otomatik daripada Mahkamah Syariah adalah tidak benar sama-sekali. Apatah lagi tohmahan yang menyatakan kalau si ibu (yang bukan Islam itu) pergi ke Mahkamah Syariah, sudah pasti dia akan kalah kerana Mahkamah Syariah pasti akan menyebelahi si bapa yang sudah memeluk Islam.

Ternyata mereka yang membuat kenyataan tohmahan saperti ini adalah jahil dan tidak mengetahui sistem perundangan dan jurisprudens Islam. Undang-undang Islam bukan undang-undang rimba yang ditadbor oleh hakim-hakim tarzan mengikut citarasa nafsu beliau.
Sejarah telah membuktikan betapa para hakim syari'e sentiasa bertindak berdasarkan lunas-lunas ke'adilan kerana mereka sentiasa sedar akan hadis Rasulullah bahawa daripada tiap tiga hakim, dua sudah menempah tempatnya di neraka. Mereka juga sedar bahawa mereka wajib melaksanakan keadilan kepada mana-mana litigan tidak kira Muslim atau bukan.

Ini terbukti dalam kes terbaru Nyonya Tahir yang telah keluar daripada Islam, mengamalkan kehidupan buddha dan mati dalam agama tersebut. Setelah mendengar saksi-saksi dan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan mengisytiharkan bahawa Nyonya Tahir telah melalui kehidupan bukan Islam dan mati sebagai bukan Islam. Maka mayat beliau diserahkan kembali kepada keluarga bukan Islamnya.

Apa yang penting ialah pihak-pihak yang terlibat tidak menanamkan sikap[ prejudis dan buruk sangka terhadap sistem perundangan Islam dan pentadbiran undang-undang keluarga Islam di Mahkamah Syariah. Walaupun sistem perundangan yang dilaksanakan belum lengkap sepenuhnya, namun dari segi perlaksanaan Mahkamah Syariah boleh berbangga kerana telah cuba sedaya upaya melaksanakan keadilan kepada semua pihak.

Apa yang perlu difahamkan pertamanya ialah apabila seseorang bukan Islam membawa kes ke Mahkamah Syariah, ini bukan bermakna mereka telah masuk Islam. Inilah masalahnya apabila ada pihak mengambil kesempatan akibat daripada kejahilan orang awam bahawa pergi ke Mahkamah Syariah bermakna seseorang itu masuk Islam.

Kedua, walaupun seseorang bukan Islam tidak boleh menjadi pihak dalam Mahkamah Syariah (bukan kerana undang-undang Islam tetapi kerana Perlembagaan Persekutuan yang menyekatnya), beliau masih boleh melibatkan diri dalam prosiding di Mahkamah Syariah sebagai saksi.

Bermakna sekiranya si bapa yang telah menukar agama memohon hak jagaan anak-anak dibawah umur baligh, maka si ibu (yang bukan Islam) boleh memohon memberi keterangan dan mengemukakan bukti bahawa si bapa tidak layak mendapat hak jagaan. Dan yakinlah bahawa Mahkamah Syariah akan menimbang semua keterangan dan bukti menurut undang-undang sedia ada dengan meletakkan prinsip kebajikan kanak-kanak itu sebagai keutamaan. Dan insyallah jika terbukti si bapa tidak layak, Mahkamah Syariah tidak akan memberikan hak jagaan itu kepada si bapa walaupun dia Muslim. Malahan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa memberikan hak jagaan itu kepada si ibu, walaupun dia bukan Islam.. Dan inilah yang telah dibuktikan dalam kes Nyonya Tahir.

Berdasarkan saranan diatas, saya sangat tidak bersetuju dengan keputusan kabinet nsaperti yang disiarkan melalui kenyataan Menteri di JPM tersebut yang mengesyorkan supaya digubal undang-undang untuk menafikan penukaran agama bagi kanak-kanak dibawah 18 tahun. Jawatankuasa itu juga mengesyorkan supaya isu berkaitan ini diberi bidangkuasa kepada Mahkamah Sivil dan bukan Mahkamah Syariah.

Saya tidak pasti samada kabinet telah benar-benar diberi penerangan tentang kedudukan Perlembagaan dan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes berkaitan. Kerana adalah jelas keputusan kabinet tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan dan bertentangan dengan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan sendiri.

Saya berharap sebelum kabinet mengambil tindakan selanjutnya, hendaklah semua pihak yang berkepentingan diberi ruang untuk mengemukakan pendapat. Dan nasihat saya kepada kabinet, hormatilah keluhuhuran Perlembagaan dan hormatilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang telah pun diputuskan. Malahan saya difahamkan sudah ujud satu jawatankuasa di peringkat Jabatan Peguam Negara yang sedang dan masih membincangkan isu-isu ini dan isu-isu lain yang berkaitan. Saya percaya jawatankuasa yang dianggotai oleh bukan sahaja mereka dari bidang guaman, tetapi mufti, ulama', agamawan termasuk wakil Majlis Peguam dan wakil agama-agama lain saperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha & Sikh akan cuba mencapai suatu jalan penyelasaian yang boleh diterimapakai oleh kesemua pihak.

Sekian. Wassalam

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
Khamis 27 Rabi'ul Akhir 1430

Keputusan kabinet mengatasi syarak…………

Isu pertikaian rumahtangga sehingga membabitkan nasib dan masa depan akidah anak-anak yang terlibat terus bergelora. Tidak dapat dinafikan ribut dalam rumah tangga ini berpunca dari ketidakserasian dan konflik peribadi antara pasangan suami isteri, sehingga bercerai dan si suami atau isteri pula kemudian memeluk Islam.

Apabila ini berlaku, isunya kemanakah halanya akidah anak-anak tadi, Islam atau tidak?

Terbaru dalam kes rumahtangga M. Indra Gandhi, 34 dan K. Pathmanathan, 40. Mereka mempunyai 3 orang anak. Si suami telah memeluk Islam dan atas fahaman dan kepercayaannya telah membawa ketiga-tiga orang anaknya turut memeuluk Islam. Isteri tidak dapat menerimanya lantas membuat aduan bahawa pengislaman anak-anaknya itu dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuannya sebagai ibu.

Mereka berdua naik-turun mahkamah untuk meneguhkan hujah masing-masing dengan harapan memperolehibukan hanya hak penjagaan ke atas anak-anak itu tetapi menentukan samada anak-anak itu hindu atau Muslim. Mahlamah Sivil dan Syariah menjadi rujukan.

Malangnya kabinet dibawah pimpinan PM yang baru telah campur tangan walaupun kedua-dua mahkamah sivil dan syariah masih mendengar permohonan-permohonan ini.
Kabinet memutuskan bahawa mana-mana pasangan yang salah-satunya menukar agama, maka anak-anak mereka hendaklah kekal dengan agama asalnya. Ini bermakna jika sepasang suami isteri yang bukan Islam, jika contohnya suminya memeluk Islam, maka anak-anak mereka hendaklah kekal beragama asal iaitu tidak Islam.

(Keputusan ini ternyata mencetuskan lebih banyak kontroversi dan langsung tidak membantu. Sebagaimana saya siarkans ebelumini ia dipertikaikan oleh cendikiawan dan para ulamak kita)

Kini akibat dari keputusan kabinet itu, dalam pertikaian Indra Gandhi lawan Pathmanathan, Mahmkamah Tinggi mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara ke atas ketiga-tiga mereka pada Indra Gandhi dan atas semangat keputusan kabinet itu Indra boleh menganggap anak-anaknya yang telah di Islam kan sebagai “Hindu” dan membesarkan mereka mengikut adapt dan kepercayaannya.

Sisuami menurut laporan sudah pastilah tidak dapat menerima perkembangan ini dan kini menghilangkan diri dengan anak bongsu mereka.

Semua ini berlaku sedangkan Mahkamah Syariah telah pun mengeluarkan perintah jagaan sementara untuk Pathmanathan bagi menjaga anak bonsunya itu.

Ringkasnya kemanakah ini mebawa kita semua?

Tidak dapat tidak isu berkenaan Islam dan akidah terpaksa ditangani walaupun konflik ini berpunca dari masalah rumahtangga. Ada pihak yang mempelopori perjuangan liberalisma dan taksub pada hak sama rata, berhujah bahawa adalah lumrah bagi hak penjagaan anak-anak ini diserahkan kepada ibunya. Dan bajawa agama anak-anak di abwah umur biarlah begitu, sebagaimana keputusan kabinet sehingga anak-anak itu dewasa. Dewasa menurut perkiaraan siapa, 18 tahun atau akil baligh?

Kebiasaannya masyarakat akan bersimpati kepada si ibu, oleh itu sebarang tindakan si bapa akan dilhat sebagai mahu memaksa anak-anak dan tidak adil serta berbagai lagi. Ambil contoh kes Sharmala lawan Dr Jeyanganesh (yang telah memeluk Islam) yang kebetulan beritanya dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini. Siapa yang dilihat memaksa dan tidak adil?

Dalam kes mereka Mahkamah Sivil memberikan hak penjagaan kepada si isteri tetapi Mahkamah Syariah kepada si suami. Menurut laporan Sharmala kini menguasai anak-anak mereka dan berada di abwah penjagaannya. Tetapi mahkamah sivil mengenakan syarat bahawa Sharmala tidak boleh menukar agama anak-anak mereka atau mempengaruhi mereka dan tidak menghidangkan babi kepada mereka.

Si suami walaupun keberatan telah menyerahkan anak-anak mereka kepada Sharmala kerana mematuhi perintah mahkamah tetapi menurut beliau haknya menziarahi anak-anaknya itu setiap duaminggu tidak dipatuhi Sharmala dan sejak 5 tahun lalu beliau tidak pernah berjumpa dengan anak-anaknya itu!

Benar negara kita negara berbilang kaum dan agama. Suka ataupun tidak konflik seumpama ini pasti berlaku dalam masyarakat kita, Soalnya bagaimanakah kita menangani dan menyelesaikannya. Ingat peraturan dan prosedur Islam mestilah berlandaskan syarak dan keputusan kabinet tidak boleh mengatasi syarak! Kini bukan hanya keputusan kabinet mengatasi syarak, malah ia tidak menghormati undang-undang keluarga Islam yang ada serta perintah dan keputusan mahkamah syariah tempatan.

Beginikah nasib undang-undang Islam, pentadbiran, kehakimannya di bawah PM baru kita?

http://n32.blogspot.com

Ulasan: Kenapa begini Ustaz Jamil Khir?

Hukum Manusia Lebih Besar Daripada Hukum Allah Di Malaysia?

Tajuk asal: Keputusan kabinet mengatasi syarak…………

Isu pertikaian rumahtangga sehingga membabitkan nasib dan masa depan akidah anak-anak yang terlibat terus bergelora. Tidak dapat dinafikan ribut dalam rumah tangga ini berpunca dari ketidakserasian dan konflik peribadi antara pasangan suami isteri, sehingga bercerai dan si suami atau isteri pula kemudian memeluk Islam.

Apabila ini berlaku, isunya kemanakah halanya akidah anak-anak tadi, Islam atau tidak?

Terbaru dalam kes rumahtangga M. Indra Gandhi, 34 dan K. Pathmanatahn, 40. Mereka mempunyai 3 orang anak. Si suami telah memeluk Islam dan atas fahaman dan kepercayaannya telah membawa ketiga-tiga orang anaknya turut memeuluk Islam. Isteri tidak dapat menerimanya lantas membuat aduan bahawa pengislaman anak-anaknya itu dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuannya sebagai ibu.

Mereka berdua naik-turun mahkamah untuk meneguhkan hujah masing-masing dengan harapan memperolehibukan hanya hak penjagaan ke atas anak-anak itu tetapi menentukan samada anak-anak itu hindu atau Muslim. Mahlamah Sivil dan Syariah menjadi rujukan.

Malangnya kabinet dibawah pimpinan PM yang baru telah campur tangan walaupun kedua-dua mahkamah sivil dan syariah masih mendengar permohonan-permohonan ini.
Kabinet memutuskan bahawa mana-mana pasangan yang salah-satunya menukar agama, maka anak-anak mereka hendaklah kekal dengan agama asalnya. Ini bermakna jika sepasang suami isteri yang bukan Islam, jika contohnya suminya memeluk Islam, maka anak-anak mereka hendaklah kekal beragama asal iaitu tidak Islam.

(Keputusan ini ternyata mencetuskan lebih banyak kontroversi dan langsung tidak membantu. Sebagaimana saya siarkans ebelumini ia dipertikaikan oleh cendikiawan dan para ulamak kita)

Kini akibat dari keputusan kabinet itu, dalam pertikaian Indra Gandhi lawan Pathmanathan, Mahmkamah Tinggi mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara ke atas ketiga-tiga mereka pada Indra Gandhi dan atas semangat keputusan kabinet itu Indra boleh menganggap anak-anaknya yang telah di Islam kan sebagai “Hindu” dan membesarkan mereka mengikut adapt dan kepercayaannya.

Sisuami menurut laporan sudah pastilah tidak dapat menerima perkembangan ini dan kini menghilangkan diri dengan anak bongsu mereka.

Semua ini berlaku sedangkan Mahkamah Syariah telah pun mengeluarkan perintah jagaan sementara untuk Pathmanathan bagi menjaga anak bonsunya itu.

Ringkasnya kemanakah ini mebawa kita semua?

Tidak dapat tidak isu berkenaan Islam dan akidah terpaksa ditangani walaupun konflik ini berpunca dari masalah rumahtangga. Ada pihak yang mempelopori perjuangan liberalisma dan taksub pada hak sama rata, berhujah bahawa adalah lumrah bagi hak penjagaan anak-anak ini diserahkan kepada ibunya. Dan bajawa agama anak-anak di abwah umur biarlah begitu, sebagaimana keputusan kabinet sehingga anak-anak itu dewasa. Dewasa menurut perkiaraan siapa, 18 tahun atau akil baligh?

Kebiasaannya masyarakat akan bersimpati kepada si ibu, oleh itu sebarang tindakan si bapa akan dilhat sebagai mahu memaksa anak-anak dan tidak adil serta berbagai lagi. Ambil contoh kes Sharmala lawan Dr Jeyanganesh (yang telah memeluk Islam) yang kebetulan beritanya dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini. Siapa yang dilihat memaksa dan tidak adil?

Dalam kes mereka Mahkamah Sivil memberikan hak penjagaan kepada si isteri tetapi Mahkamah Syariah kepada si suami. Menurut laporan Sharmala kini menguasai anak-anak mereka dan berada di abwah penjagaannya. Tetapi mahkamah sivil mengenakan syarat bahawa Sharmala tidak boleh menukar agama anak-anak mereka atau mempengaruhi mereka dan tidak menghidangkan babi kepada mereka.

Si suami walaupun keberatan telah menyerahkan anak-anak mereka kepada Sharmala kerana mematuhi perintah mahkamah tetapi menurut beliau haknya menziarahi anak-anaknya itu setiap duaminggu tidak dipatuhi Sharmala dan sejak 5 tahun lalu beliau tidak pernah berjumpa dengan anak-anaknya itu!

Benar negara kita negara berbilang kaum dan agama. Suka ataupun tidak konflik seumpama ini pasti berlaku dalam masyarakat kita, Soalnya bagaimanakah kita menangani dan menyelesaikannya. Ingat peraturan dan prosedur Islam mestilah berlandaskan syarak dan keputusan kabinet tidak boleh mengatasi syarak! Kini bukan hanya keputusan kabinet mengatasi syarak, malah ia tidak menghormati undang-undang keluarga Islam yang ada serta perintah dan keputusan mahkamah syariah tempatan.

Beginikah nasib undang-undang Islam, pentadbiran, kehakimannya di bawah PM baru kita?

Dari:  http://n32.blogspot.com

Ulasan: Ingat peraturan dan prosedur Islam mestilah berlandaskan syarak dan keputusan kabinet tidak boleh mengatasi syarak! Kini bukan hanya keputusan kabinet mengatasi syarak, malah ia tidak menghormati undang-undang keluarga Islam yang ada serta perintah dan keputusan mahkamah syariah tempatan (http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/04/29/19559/)

Kes agama anak: Kenapa lantik Tsu Koon mempengerusi jawatankuasa khas?

DATUK Seri Najib Tun Razak dengan tiba-tiba melantik Koh Tsu Koon mempengerusikan Jawatankuasa Khas bagi membahaskan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah. Inilah yang berlaku dalam kabinet Najib yang semakin huru hara.

Jawatankuasa berkenaan turut disertai Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam; Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil.

Keempat-empat orang ini dilantik bagi membahaskan isu yang sangat sensitif dan kemudiannya mengeluarkan fatwa bahawa;

1. Anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya.

2. Pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil bukan dimahkamah Syariah.

Saya bukan hendak mempertikaikan keputusan itu. Saya tidak bercadang keluarkan pandangan untuk keputusan itu buat masa ini. Bagi saya bukan masanya lagi, kerana saya dan rakan-rakan pemudawilayah perlu bincang dengan pakar perundangan dan ulama’-ulama’ untuk dapatkan pandangan yang terbaik.

Tetapi apa yang saya ingin bangkitkan disini adalah tentang kerelevanan jawatankuasa ini membuat mesyuarat dan mengemukakan pandangannya atau keputusan terhadap kes berkenaan.

Siapa Tsu Koon, Subramaniam dan Shahrizat? Kalau Jamil saya tak kisah sebab isu agama adalah bidang dia.

Tsu Koon merupakan graduan Universiti Princeton University tahun 1970 dengan Ijazah dalam bidang Fizik kemudian diberikan Ijazah Phd oleh Universiti Chicago dalam bidang ekonomi dan Sosiologi.

Manakala S Subramaniam pula pernah belajar di Universiti Singapura dan mendapat Ijazah dalam bidang Perubatan dan Pembedahan pada 1978. Kemudian beliau menyambung Diploma dalam bidang Perubatan Dermatology di Universiti Wales.

Shahrizat pula direkodkan pernah belajar di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976.

Rekod Jamil Khir Baharom pula menyatakan bahawa beliau pernah mendapat Ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya pada 1986 dan Sarjana Pengajian Islam (Pengurusan Ekonomi Islam) dari The Graduate School of Islamic and Social Science di Virginia, United States, 2000.

Secara dasarnya, hanya Jamil sahaja yang ada pengetahuan tentang Syariah (Tetapi bukan sudut perundangan yang lengkap), Shahrizat pula berpengalaman dalam undang-undang sivil manakala yang lain pakar ekonomi dan doktor perubatan.

Jadi adakah jawatankuasa Khas yang dibentuk Najib ini punyai autoriti. Layakkah Tsu Koon mempengerusikannya dan membuat satu keputusan yang begitu sensitif. Tsu Koon bukan mufti dan tak layak pun!

Ini bukan tugas orang politik. Saya setuju dengan pandangan ramai pihak terhadap isu ini dan ianya wajar ditangani oleh mereka yang pakar tentang undang-undang dan juga hukum hakam agama serta mampu memahami keperluan agama lain.

Nampaknya Najib belum mampun untuk menangani isu-isu rakyat dengan bijak malah semakin merosakkan keadaan yang sedia tegang. Diharapkan kabinet menarik balik keputusan itu dan juga arahan mereka kepada pihak Mahkamah Syariah diseluruh negara.

Isu perundangan kena bincang dengan pakar dan bila ia libatkan soal hukum Islam maka para mufti wajib dirujuk. Jika Kabinet yang putuskan pindaan undang-undang, apa gunanya Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang selama ini dilihat sebagai tempat bagi mengubal undang-undang.

Sebarang pindaan harus dibawa ke Parlimen bukan setakat perbincangan Menteri-Menteri kabinet yang entah apa kepakarannya?

Demi menjaga perpaduan rakyat, keputusan itu perlulah ditarik balik dan bincangkan dengan pakar. Kabinet tak boleh suka-suka buat keputusan bahawa orang ini boleh masuk Islam atau tidak. Hormatilah kehendaknya dan juga keluarganya.

HAZIQ FIRDAUS
http://mstar.com.my/variasi/pendapat/cerita.asp?file=/2009/4/28/mstar_pendapat/20090428112040&sec=mstar_pendapat

Ulasan: Kepada Ustaz Jamil Khir - Sila berhati-hati dengan permainan BN/UMNO. Jangan sekali-kali cemarkan pengetahuan agama Ustaz. Sepanjang sejarah, UMNO hanya menggunakan khidmat orang agama bila desperate. Ramai yang jatuh dalam lubang dunia daripada bangun berjuang.

Tuesday, April 28, 2009

Pelik ADUN muflis tapi tak akan letak jawatan

Tajuk asal: ADUN Kuala Nerang tak akan letak jawatan
Apr 28, 09 4:43pm
ADUN Kedah kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, yang didakwa menghadapi masalah kewangan, tidak akan meletak jawatan, kata pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Mohd Shafie Apdal. 
   
Shafie memberitahu pemberita demikian di Langkawi hari ini. Syed Sobri juga adalah naib ketua Umno bahagian Padang Terap.

Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa beliau meletak jawatan kerana masalah yang dihadapinya mengganggu prestasinya sebagai wakil rakyat, lapor Bernama.
   
"Memang Syed Sobri menemui saya di Kuala Lumpur Ahad lalu dan kami telah berbincang beberapa perkara yang dihadapinya. 

"Selaku ketua perhubungan yang baru, saya memberi nasihat dan beliau menerimanya dengan baik dan berjanji akan terus berkhidmat kepada rakyat," kata Shafie.
   
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Kuala Nerang itu. 
   
Pada 3 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis selepas gagal menjelaskan hutang lebih RM150,000.

http://www.malaysiakini.com/news/103262

Ulasan: Apa macam SPR? Kalau ADUN ini dari Pakatan Rakyat sudah lama kena. Kenapa SPR berpilih kasih dalam menghukum? 

Israel Cries Wolf

By ROGER COHENApril 9, 2009

ISTANBUL — “Iran is the center of terrorism, fundamentalism and subversion and is in my view more dangerous than Nazism, because Hitler did not possess a nuclear bomb, whereas the Iranians are trying to perfect a nuclear option.”

Benjamin Netanyahu 2009? Try again. These words were in fact uttered by another Israeli prime minister (and now Israeli president), Shimon Peres, in 1996. Four years earlier, in 1992, he’d predicted that Iran would have a nuclear bomb by 1999.

You can’t accuse the Israelis of not crying wolf. Ehud Barak, now defense minister, said in 1996 that Iran would be producing nuclear weapons by 2004.

Now here comes Netanyahu, in an interview with his faithful stenographer Jeffrey Goldberg of The Atlantic, spinning the latest iteration of Israel’s attempt to frame Iran as some Nazi-like incarnation of evil:

“You don’t want a messianic apocalyptic cult controlling atomic bombs. When the wide-eyed believer gets hold of the reins of power and the weapons of mass death, then the entire world should start worrying, and that is what is happening in Iran.”

I must say when I read those words about “the wide-eyed believer” my mind wandered to a recently departed “decider.” But I’m not going there.

The issue today is Iran and, more precisely, what President Barack Obama will make of Netanyahu’s prescription that, the economy aside, Obama’s great mission is “preventing Iran from gaining nuclear weapons” — an eventuality newly inscribed on Israeli calendars as “months” away.

I’ll return to the ever shifting nuclear doomsday in a moment, but first that Netanyahu interview.

This “messianic apocalyptic cult” in Tehran is, of course, the very same one with which Israel did business during the 1980’s, when its interest was in weakening Saddam Hussein’s Iraq. That business — including sales of weapons and technology — was an extension of Israeli policy toward Iran under the Shah.

It’s also the same “messianic apocalyptic cult” that has survived 30 years, ushered the country from the penury of the 1980-88 Iran-Iraq war, shrewdly extended its power and influence, cooperated with America on Afghanistan before being consigned to “the axis of evil,” and kept its country at peace in the 21st century while bloody mayhem engulfed neighbors to east and west and Israel fought two wars.

I don’t buy the view that, as Netanyahu told Goldberg, Iran is “a fanatic regime that might put its zealotry above its self-interest.” Every scrap of evidence suggests that, on the contrary, self-interest and survival drive the mullahs.

Yet Netanyahu insists (too much) that Iran is “a country that glorifies blood and death, including its own self-immolation.” Huh?

On that ocular theme again, Netanyahu says Iran’s “composite leadership” has “elements of wide-eyed fanaticism that do not exist in any other would-be nuclear power in the world.” No, they exist in an actual nuclear power, Pakistan.

Israel’s nuclear warheads, whose function is presumably deterrence of precisely powers like Iran, go unmentioned, of course.

Netanyahu also makes the grotesque claim that the terrible loss of life in the Iran-Iraq war (started by Iraq) “didn’t sear a terrible wound into the Iranian consciousness.” It did just that, which is why Iran’s younger generation seeks reform but not upheaval; and why the country as a whole prizes stability over military adventure.

Arab states, Netanyahu suggests, “fervently hope” that America will, if necessary, use “military power” to stop Iran going nuclear. My recent conversations, including with senior Saudi officials, suggest that’s wrong and the longstanding Israeli attempt to convince Arab states that Iran, not Israel, is their true enemy will fail again.

What’s going on here? Israel, as it has for nearly two decades, is trying to lock in American support and avoid any disadvantageous change in the Middle Eastern balance of power, now overwhelmingly tilted in Jerusalem’s favor, by portraying Iran as a monstrous pariah state bent on imminent nuclear war.

A semblance of power balance is often the precondition for peace. Iran was left out of the Madrid and Oslo processes, with disastrous results. But that’s a discussion for another day.

What’s critical right now is that Obama view Netanyahu’s fear-mongering with an appropriate skepticism, rein him in, and pursue his regime-recognizing opening toward Tehran, as he did Wednesday by saying America would join nuclear talks for the first time. The president should read Trita Parsi’s excellent “Treacherous Alliance” as preparation.

The core strategic shift of Obama’s presidency has been away from the with-us-or-against-us rhetoric of the war on terror toward a rapprochement with the Muslim world as the basis for isolating terrorists.

That’s unsustainable if America or Israel find themselves at war with Muslim Persians as well as Muslim Arabs, and if Netanyahu’s intense-eyed attempt to suck America into a perpetuation of war-on-terror thinking prevails.

The only way to stop Iran going nuclear, and encourage reform of a repressive regime, is to get to the negotiating table. There’s time. Those “months” are still a couple of years. What Iran has accumulated is low-enriched uranium. You need highly-enriched uranium for a bomb. That’s a leap.

Israeli hegemony is proving a kind of slavery. Passage to the Promised Land involves rethinking the Middle East, starting in Iran.

Quran hanya untuk ditadaruskan & dimusabaqahkan. Amalannya mana?

Tajuk asal: Khutbah Jumaat di Gunong Bungsu 
18 April 2009

Salam to all,

Alhamdulillah semalam saya dapat menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Gunong Bongsu, tidak jauh dari Mahang, Kulim.

Saya memperingatkan diri saya & para jemaah supaya menyedari betapa kita telah jauh menyimpang dari Al Quran. Saya memberikan contoh kes Altantuya dimana yang yerlibat semuanya Islam.

Hakim Islam, Pendakwa Islam, Peguam Islam, OKT Islam, mangsa pun Islam (Aminah Shaariibuu), Polis yg siasat pun Islam, warden penjara Islam..duduk kononnya dalam negara yang didakwa Islam hadhari..tetapi melaksanakan undang-undang kafir.

Sedangkan disana ada ayat Al Quran (2:178) yang memerintahkan kita melaksanakan qisas dalam kes-kes bunuh, sebaliknya kita yang mendakwa Islam ni, yang tak pernah miss sambut maulid ni..memilih untuk melaksanakan undang-undang kafir iaitu Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang kita ciplak dari India yang direka oleh penjajah Inggeris!

Kita telah menjadikan Al Quran hanya untuk ditadaruskan, dimusabaqahkan tetapi langsung tidak untuk diamalkan.

Dan apabila ALLAH menghina kita dengan menyuruh seorang kafir membacakan ayat Al Quran demi memperingatkan kita, maka terdengar disana hang tuah-hang tuah menghunus keris karat memaki hamun kafir yang membacakan ayat Al Quran yang betul kepada kita.

Yang betul jadi salah..yang salah jadi betul.

Maka benarlah sabda Rasulullah akan tiba suatu zaman itulah perangai kita umat Islam..amar mungkar nahi ma'ruf. Menyuruh kepada yang mungkar, menegah kepada yang ma'ruf.

Maka saya berpesan kepada diri saya dan para jemaah sekelian supaya bertaqwa dengan sebenar-benarnya kepada ALLAH dan janganlah kita mati melainkan dalam Islam..ameen..

Wallahua'llam.

Sekian khutbah yang saya sampaikan di Masjid Gunong Bongsu semalam Jumaat 21 Rabi'ul Akhir 1430.

Syukran..

Dari:   http://zul4kulim.blogspot.com/

Nasihat buat YB Sivakumar

Salam to all,

Dengan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan sejak seminggu dua berkaitan isu DUN Perak, nampaknya status 2 ADUN PKR yang meletak jawatan dan 7 ADUN Be End yang digantung telah selesai.

Ini bermakna kesemua ADUN Be End (seramai 28 orang tambah 3 yang melompat) boleh menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadualkan pada 07.05.2009.
Bermakna sidang dewan kali ini akan menyaksikan Be End mempunyai majoriti 31 ADUN berbanding Pakatan Rakyat yang mempunyai 27 ADUN (setelah ditolak YB Speaker).
Bermakna bila dewan bersidang, dia akan jadi macam "cowboy-draw", sape tembak dulu.
Saya menjangkakan sebaik saje habis titah diraja, Speaker akan umumkan 9 ADUN Be End digantung kedudukan.

Ini akan menyebabkan Be End tinggal 22 ADUN sahaja.

Maka sudah pasti Be End akan mencari jalan untuk Speaker tidak bertindak sedemikian.

Saya tidak nampak Be End boleh halang Speaker daripada memasuki Dewan.

Tetapi sesuatu perlu dibuat untuk menghalang Speaker daripada mempengerusikan mesyuarat.

Pertama dengan cara memohon perintah Mahkamah untuk injunksi menghalang Speaker menjalankan tugas.
Kedua ialah dengan usul tergempar dibuat memecat Speaker.
Saya juga tidak akan terkejut kalau Speaker ditahan reman beberapa hari sebelum sidang berdasarkan lapuran polis yang dibuat baru-baru ini bahawa Speaker menderhaka kepada Sultan.

Jika ini berlaku, Timbalan Speaker akan mengambil alih. Dan Timbalan Speaker adalah YB Hee (ADUN Jelapang x DAP) yang sudah melompat keluar DAP dan menyokong Be End.

Apa hal pun, nasihat saya kepada YB Sivakumar..jagalah keselamatan diri baik-baik sehingga sidang dewan. Lebih elok kalau YB Siva duduk tinggal ditempat yang selamat. Saya cukup pasti unit amal & sekuriti PAS sentiasa bersedia memberi perlindungan kepada saudara 24 jam.

Apapun ingatlah YB Siva, saudara dilandasan yang betul. Undang-undang menyebelahi saudara. Lebih 50% rakyat Perak menyokong saudara. Kami ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama dengan saudara. Pertahankan suara & hak rakyat Perak..we are proud of you. You are the last bastion of the people. As Mahatma Gandhi said, "when it comes to the crux of the matter, we lawyers will always rise to the occasion". Be strong my friend. May justice prevail..God willing.

Adios.

Zulkifli Bin Noordin

Ahli Parlimen Kulim BB

Dari: http://zul4kulim.blogspot.com/

Ulasan: We hope for the best, but must be prepared for the worst. Sememangnya kita mengharapkan yang terbaik, tetapi juga bermakna kita kena bersedia menghadapi sesuatu yang lebih teruk. Maklumlah kita berdepan dengan BN/UMNO yang punya berbagai jentera yang akan boleh di gunapakai  kerana mereka memang sukakan permainan di padang yang tidak sama rata demi menghancurkan Pakatan Rakyat.

What does Najib mean by 'liberalisation'?

by Dr Syed Husin Ali (Apr 27, 09)

I refer to the Malaysiakini report 30% bumi equity lifted for 27 service sectors.

Prime Minister Najib Abdul Razak's announcement on the move to liberalise the 27 services sub-sectors raises a number of basic questions.

Firstly, what does he really mean by ‘liberalisation'? Is it merely confined to the lifting of the 30% bumiputera equity? What are the efforts for socio-economic upliftment of the poor and marginalised from all ethnic groups? 

In this connection, what does liberalisation of the health and social services imply? Najib needs to explain this very clearly because liberalisation is closely related to privatisation. 

Health is one of the key social services that can be used by a responsible government to promote and preserve the welfare of the people at large. It should never be privatised. 

Secondly, in the context of globalisation - which is often seen as a new form of neo-colonialism underpinned by the free market system - the processes of liberalisation, deregulation and privatisation are closely interlinked. 

Does this mean the denial of the role of the state? With the serious recessions now being experienced in the West, aren't free market and neo-liberalism already found wanting? 

Can these processes guarantee greater welfare for the ordinary people? Or will they only further the interests of big businesses from the global capitalist centres and the local counterparts that collaborate with them? 

Thirdly, Najib hopes that his liberalisation move will improve Malaysia's international economic competitiveness which has been sliding over the past few years. But is competitiveness the only thing or main thing? 

Is it useful to have improved competitiveness if it does not guarantee greater benefits for the workers, farmers and other lower-income groups, but instead creates a concentration of wealth, wider socio-economic gaps and a worsening of comparative poverty? 

Finally, Najib seems to assume that with his liberalisation move there will be more inflow of foreign direct investment (FDI). This need not necessarily happen. 

Isn't the prime minister aware that many negative factors, such as chronic corruption and absence of an independent judiciary, together with constant violations of basic human rights can drive away potential investors? 

Furthermore, why should there be such obsession on FDI for growth and development? 

Why don't we draw lessons from those developing and developed countries that have managed to industrialise and develop by depending more on the mobilisation of domestic capital? 

The writer is deputy president, PKR.

Friday, April 24, 2009

Obama Needs Some Internet Virtual Reality On This Trip

By James M. Wall

When Paul Simon ran for the United States Senate in 1984, I was his primary campaign manager. Paul had many progressive ideas but I would cringe when he told Illinois voters that there would have been no cold war if a few Soviet leaders had spent time in the United States, where they would have experienced life in a democracy.

Paul was actually recalling the Native American wisdom that to know a man you must walk in his footsteps for at least a mile. It was an ideological perspective unrelated to the harsh political reality that any young Soviet official who traveled to the United States to get “educated” would no longer be a Soviet official.

In retrospect, I now believe Paul had a point. Through the wisdom of this Simon logic it could be argued that if Obama had spent even one summer living in the West Bank he would have seen for himself Palestinian homes demolished to make way for Israel’s so called “security” wall, that hideous 24 foot high concrete barrier that snakes through Palestinian land, enclosing cities and villages in prisons from which the only escape is a checkpoint manned by Israeli soldiers.

The Democratic candidate will travel to Palestine in a cocoon of security and secret service police, protecting him from attacks from radicals of all sides. Because of this cocoon, he will talk only to Palestinians sanctioned and vetted by his Israeli hosts. It is too late in his political career for him to be “educated” in the existenial realities of occupation.

But it is not too late for him to “feel” that occupation through the internet. Obama needs an internet virtual reality staff person with him at all times, giving him visual, aural and print data, not on the grand scheme of Middle East politics, but on the reality of occupation. This staff person could make sure, for example, that Obama sees footage of an Israel Defense Forces soldier shooting a bound and blindfolded Palestinian in the foot with a rubber-tipped bullet.  

B’Tselem (pronounced Beit Selem, with a sound similar to Beit Lehem, the birthplace of Jesus) is an Israeli human rights organization that documents occupation abuses by Israeli authorities. The organization posted the internet video on its site. The incident took place July 7. Two weeks after the shooting, and after the video appeared on the internet, the Israeli soldier was arrested.

In the video, the Palestinian, Ashraf Abu Rahma, 27, who was protesting the building of the Wall, is shown being led, handcuffed and blindfolded, to a Jeep by a high ranking officer of the Israeli Defence Forces (IDF). Rahma falls to the ground after he was shot in the foot. The London Times online reported the arrest July 21. The video was taken by a 14-year old Palestinian girl, who used one of the more than 100 video cameras B’Tselem has distributed to Palestinians in the West Bank.

Knowing how carefully Obama prepares for his every assignment, I believe that if he had that virtual internet reality staff person on his staff he would already have “felt” the occupation through videos like the one of the shooting of Ashraf Abu Rahma.

Obama will not be invited to talk with Khaled Amayreh, a veteran Palestinian journalist I first met in Hebron two decades ago. But Obama can read about current conditions on the ground in an internet column Amayreh wrote for the Cairo-based publication Al Ahram:

If you still think there are red lines that Israel has not crossed with regard to its treatment of Palestinians, don’t be too sure. In recent days and weeks, the Israeli army has been vandalising, ransacking and confiscating Palestinian civilian institutions in the West Bank’s largest towns and cities, including Ramallah, the seat of the so-called Palestinian government.

Frustrated eyewitnesses and tearful victims spoke of “unprecedented brutality” and “Gestapo-like behaviour” as Israeli occupation forces moved throughout the central and northern West Bank to destroy what was left of the Palestinian charity sector upon which thousands of impoverished Palestinian families depend for their livelihood.

Israel had been targeting orphanages and boarding schools as well as soup kitchens and sewing workshops serving orphans in the Hebron region. The campaign of terror, with many hair- raising scenes of cruelty and moral callousness, has seriously raised the level of hostility and hatred for Israel.

Obama will not read this information in his State Department briefings, nor will he read Amayrey’s column in his hometown Chicago Tribune nor in the Israeli-friendly New York Times. But I can vouch for the journalistic integrity of Khaled Amayreh. And if Obama wants further verification, I can refer him to a colleague of mine who teaches religion in a Middle Western college. This colleague spent two nights in June sleeping in a shuttered Hamas-run Hebron orphanage, one of a number of American volunteers who maintain a presence in the orphanage to prevent its destruction by Israeli occupation forces.

Obama will talk with Palestinian Authority Prime Minister Salam Fayyad during his trip to the OPT, and Fayyad will surely inform him of Israel’s systematic campaign against Palestinian commercial and charity organizations. But will Obama realize that in the Arab populations of the Middle East, it is common knowledge that Israel is attacking all institutions even remotely related to Hamas? 

In Ramallah, Israeli soldiers stormed the municipal council building of Al-Bireh, Ramallah’s twin-town, located a few hundred metres from the headquarters of PA President Mahmoud Abbas and the office of his Prime Minister Salam Fayyad. The Israeli soldiers, with sledgehammers and welding equipment, forced open offices, confiscating computers and destroyed furniture.

Again, PA forces remained confined to their barracks “in honour of agreements and understandings” with Israel. PA officials, including Prime Minister Fayyad, have argued forcefully that all social, cultural, educational, athletic and commercial institutions targeted by Israel functioned according to the law and were involved in nothing of concern to Israel whatsoever.

“These are legitimate Palestinian institutions, and targeting them is aimed at weakening and humiliating the Palestinian Authority,” said Fayyad while inspecting the targeted buildings. He added that he would complain to the United States as well as to Tony Blair, the Quartet’s envoy to the Palestinian-Israeli peace process. Neither has uttered a word criticising the latest Israeli savagery.


The Israeli occupation authorities claimed the targeted institutions were owned or run by religious individuals who might be sympathetic to Hamas, the Palestinian Islamic resistance movement. However, the Israeli army, and its intelligence arm, Shin Bet, failed to produce any evidence whatsoever linking the institutions to acts of violence. 

Paul Simon never made his leap into “feeling” the occupation, the leap now possible for Obama. Simon made that clear to me during the primary race which he won. (By prior agreement I did not manage his general election campaign against Senator Charles Percy.) John L. Mearsheimer and Stephen M. Walt explain what kept Simon from making that leap in The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy. Simon owed his Senate career to the Lobby. 

As Tom Dine [AIPAC executive director] boasted after Percy’s narrow defeat , “all the Jews in America, from coast to coast, gathered to oust Percy. And the American politicians–those who hold public positions now, and those who aspire–got the message.” Dine’s hyperbole notwithstanding, the basis lesson of these cases is hard to miss. (pp. 158-159).

That was the politics of 1984. Barack Obama is the candidate of change 25 years later. AIPAC is still a powerful force in American politics. AIPAC still demands that candidates utter public pieties about Israel’s need for security. And on this trip, Israel will prevent Obama from “walking in the footsteps” of Palestinians under occupation.

But no one, no government and no Lobby, can prevent him from a virtual tour of those footsteps during and long after this trip. He will see the conditions on the ground through his own eyes, and he will hear details of those conditions through the internet. As a man of color, Obama brings a special perspective to the Palestinian occupation never before available to a presidential candidate.

http://wallwritings.wordpress.com/2008/07/21/obama-needs-some-internet-virtual-reality-on-his-trip/

The only door to peace is to end the occupation

DAMASCUS, (PIC)-- Khaled Mishaal, the head of the Hamas political bureau, told Wednesday evening a number of members of the British House of Commons through video conferencing that the only door to peace in the Middle East is to end the Israeli occupation and enable the Palestinian people to exercise their right to self-determination.

Mishaal told the audience that the resistance is a means and not a goal, saying that if Hamas found a way other than the resistance to end the occupation, it would use it.

He added that Hamas is a national liberation movement seeking to dispose of the occupation and enable the Palestinian people to restore their freedom and legitimate rights.
  
The political leader of Hamas underlined that the Israeli occupation would not be able to defeat the Palestinians despite its possession of massive military force, noting that Israel tried many times to settle the fight militarily, but it failed.

Mishaal noted that Europe is an important player in the region and has experience not owned by others, stressing that his Movement expects a positive role from the Europeans towards the Palestinian cause.

The video conferencing encountered technical problems that prevented Mishaal from communicating properly with the British lawmakers.

The televised meeting with Mishaal was organized by British MP Clare Short, a former minister in Tony Blair's labor government...

Comment: 60 years now the world witnesses the wrong decision of Big Powers to set up a state by taking another state. One day, Israel will be defeated...


Hukuman berat atasi jenayah syariah

PUTRAJAYA 23 April - Hukuman lebih berat termasuk sebat perlu dikenakan terhadap pesalah syariah bagi membendung peningkatan jenayah itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, sering kali hukuman kesalahan syariah diputuskan dalam bentuk denda sahaja sehingga ia menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan statistik jenayah syariah.

Justeru beliau berkata, Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneliti kajian mengenai cadangan bagi meningkatkan bentuk hukuman jenayah syariah yang ketika ini dianggap agak ringan.

''Saya percaya dalam sesetengah penghakiman kes-kes jenayah syariah, terdapat hakim yang menjatuhkan hukuman sebat.

''Namun, perkara yang sering bermain di minda ialah sejauh mana pelaksanaan hukuman itu dilaksanakan di Malaysia kerana banyak kekeliruan yang timbul,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah anjuran Jakim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Hadir sama ialah timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Menurut Jamil Khir, hukuman yang berat termasuk sebat wajar dikenakan bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah tetapi peruntukan undang-undang hanya menyediakan hukuman yang rendah.

''Mengikut Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1984), hukuman yang boleh dikenakan sekadar tidak lebih daripada enam kali sebatan, denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun.

''Jadi kita hendak melihat persepsi ini dirombak dan kita mahu melihat keadilan itu diberikan kedudukan yang sebenar.

''Semangatnya ialah ke arah memperkasakan lagi bidang kuasa jenayah syariah dan hukumannya ditingkatkan lagi,'' katanya.

Justeru beliau berkata, sasaran kerajaan sekarang ialah meningkatkan kesepakatan antara agensi-agensi pelaksana seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara dan mahkamah syariah serta sivil.

''Kita tidak mahu undang-undang syariah ini menjadi perbahasan yang tidak putus-putus, jadi sasarannya (pelaksanaan undang-undang syariah) ialah apabila masyarakat, ulama dan pengamal undang-undang termasuk Jabatan Penjara dan polis mempunyai kesepakatan,'' katanya….

Ulasan: Berani buat berani tanggung risiko. Eloklah hukuman ta'zir menjadi berat supaya lebih sedar risiko membuat maksiat dan bertambah baik bila keluar penjara. Selamanya ini di permainkan saja. Tetapi perkara ini jangan sampai terlupa bahawa negara kita begitu taat melaksanakan dan mengamalkan undang-undang kafir. Sibuk dengan hukum ta'zir, tapi jangan sampai terlupa untuk laksana hukum hudud. Padahal kita ada alternatif yang lebih baik, iaitu undang-undang Islam. Sekurang-kurangnya untuk kita, orang Islam.

Thursday, April 23, 2009

Pemimpin rasuah perlu disingkir: Tun Mahathir

CYBERJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terdapat beberapa pemimpin dalam senarai Kabinet baru tidak layak berada di jawatan tersebut kerana terlibat dengan rasuah. Namun apabila ditanya oleh wartawan siapakah menteri terbabit, bekas Perdana Menteri itu enggan mendedahkan individu yang dimaksudkan tersebut…

Ulasan: Masih adakah lagi pemimpin UMNO sekarang yang tidak terlibat dengan rasuah (iaitu tidak amalkan rasuah)? Atau tidak menyalahgunakan kuasa? Atau tidak mengaut kekayaan negara sama ada menggunakan kroni atau tidak? Tengok sekeliling, adakah tuan/puan pernah jumpa pemimpin UMNO sekarang yang tidak KAYA? Kalau ada, tolong masukkan di sini.


Moral AS musnah - Obama

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin mendakwa penderaan terhadap suspek pengganas menyebabkan moral yang diperjuangkan negara berkenaan musnah.
Obama turut membuka pintu kepada sebarang kemungkinan untuk mendakwa peguam-peguam bekas Presiden George W. Bush yang meluluskan soal siasat dengan cara mencurahkan air pada muka suspek…

Ulasan: Itulah sebabnya Amerika di musuhi di mana saja.

Perbezaan pemerintahan kerajaan PR dan Kerajaan BN dalam setahun ini

Oleh Naruto sensei (siasahdaily.blogspot.com/2009/04/kerajaan-bn-tidak-prihatin-kebajikan.html ?showComment)

1. Kerajaan BN

Pada awal pemerintahan diakui memang meringgankan beban rakyat malaysia am nya.. banyak program yang membantu dilakukan sehinggalah ramai orang Melayu yang berjaya.. 

Itu pun hak orang Melayu tergadai juga apabila tulisan Jawi di hapuskan dan digantikan dengan tulisan Rumi.. 

Sedangkan kita sedia maklum melalui tulisan Jawi lah masyarakat Melayu pada masa tu celik kepada Al-Quran..

Malah jika hal2 berkaitan Islam jika tercabar pun orang Melayu akan bangkit bersatu menentangnya 

Contoh: apabila perbicaraan Kes Natrah yang di bela oleh keluarga melayu dituntut ole keluarganya di Belanda dan memohon mahkamah mengiystiharkan Natrah keluar dari Islam.. Orang melayu masa tu bangkit menentang keputusan itu termasuklah Tuanku Abdul Rahman..

Tetapi malangnya UMNO mengubah tulisan Jawi warisan Melayu ke tulisan rumi kepunyaan orang Rome yang di gunakan penjajah British. sedikit demi sedikit Orang Melayu semakin Buta kepada Al-Quran sehinggalah ke hari ini.. Bukan British yang hapuskan tetapi UMNO!!

Tetapi sehinggalah di zaman pemerintahan Tun mahatahir UMNO berubah daripada membantu rakyat kepada memeras rakyat apabila dasar penswastaan negara di mulakan
pada masa inilah kerosakkan berlaku apabila program bantuan menjadi perniagaan dan banyak hak2 dan tanah orang melayu tergadai antaranya.. 

Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan 30 peratus penguasaan ekonomi Bumiputra di selewengkan.. Dengan berbagai Projek dan tender kerajaan di berikan kepada Kroni pimpinan UMNO yang menyebabkan pencapaian hanya 18% sahaja yang dapat dicapai sehingga ke hari ini...

Kekayaan negara yang tidak seimbang hanya tertumpu dikalangan ahli politik dan saudara-mara BN sahaja sehingga wujud jurang yang besar antara rakyat termiskin dan terkaya.. Sehinggakan yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya..

DEB jugalah punca di mana segala Projek yang dianugerahkan kepada pimpinan UMNO di alibabakan sehingga projek yang sepatutnya diuruskan oleh bumiputra jatuh ketangan bangsa lain..Kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya .. Malah kita boleh melihat bagaimana Ketua pemuda bahagian atau cawangan UMNO boleh membina banglo mewah.. walhal baru setahun memegang jawatan tersebut di sebabkan projek yang mereka terima sebagai imbuhan dan mengalibabakan projek tersebut untuk mendapatkan keuntunggan segara...

Contoh: Bekas MB Selangor Khir Toyo
Mempunyai sebuah banglo yang dalam pembinaan di Shah Alam bernilai Lebih kurang RM29 juta!!! Sedangkan jika dihitung Gaji beliau selama menjadi ahli politik sehinggalah menjadi MB memang tidak mampu memiliki rumah semewah ini...Jadi dimanakah beliau mendapat wang sebanyak ini.??

Memansuhkan biasiswa kepada pelajar IPTA mmenjadi pinjaman PTPTN yang menyebabkan ramai pelajar gagal menjelaskannya walaupun belum mendapat kerja..

Walhal ini adalah hak2orang melayu yang terjamin dalam perlembagaan dan di dalam kontrak sosial pun adalah menjadi Tanggungjawab UMNO melalui MARA memberikan biasiswa Percuma!! .. kepada setiap pelajar yang berjaya ke Universiti...

Memberikan tanah rizab Melayu kepada tokey2 yang banyak duit contoh di bukit bintang, menara Tan&Tan dan UniTAR kepunyaan MCA..
Penjualan banyak tanah Rizab melayu ini berlaku di negeri Johor,Melaka,P.Pinang dan perak dan kebanyakkannya adalah kepada taukeh Cina dari Singapura..

Dan sekarang ini apabila siap Wilayah Iskandar di Johor nanti sebanyak 70% saham di punyai oleh Singapura dan masa tu nanti bolehlah di gelar Singapura kecil di Johor..

Dasar Kerajaan Mahathir ini diterukkan lagi dengan menjadi negara perindustrian apabila banyak kilang2 didirikan.. pada mulanya tokey2 kilang mengambil pekerja tempatan untuk berkerja tetapi untuk menjimatkan kos tokey2 ini tadi mula mengambil pekerja asing dan akhirnya pekerja tempatan dipinggirkan.. Sehingga kini pekerja asing mencecah 3 juta orang di Malaysia..

Dan akhirnya berlakulah gejala sosial yang parah dalam masyarakat apabila pekerja2 asing yang telah ramai ini mula tidak menghormati undang2 negara dan berlakulah jenayah yang semua sedia maklum..

Dalam zaman inilah UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana perpecahan dalaman dan rasuah, selepas inilah UMNO makin hilang arah perjuangan kepada rakyat yang mana daripada mengurangkan beban kepada menambah beban kepada rakyat dengan dasar2 yang semua sedia maklum...seperti kenaikan harga barang, harga minyak, cukai2 dan tingginya pengganguran dan kerosakkan akhlak di kalangan anak2 melayu...

Hinggalah dalam PRU ke 13 apabila BN kalah di 5 nagari termasuk di wilayah K. Lumpur BN dilihat masih tiada Perubahan dan banyak janji2 dalam manifesto PRU ke 13 langsung tak tepati antara usaha BN tahun ini ialah:

Mewujudkan JKKKP yang mana sepatutnya tidak perlu kerana kerajaan negeri mempunyai JKKK sedia ada tetapi kerana hendak menjatuhkan kerajaan PR dan memecahbelahkan masyarakat maka ditubuhkanlah jawatankuasa itu.

menaikan harga minyak sebanyak 70sen.

menaikan harga Tol

hanya mencari silap2 kerajaan PR sahaja walhal kerajaan BN mempunyai banyak masalah semasa berkuasa di 5 negeri.. kerajaan PR cuba tidak membalas tetapi UMNO makin teruk dengan tuduhan2 yang tak berasas langsung dan akhirnya kerana BN mencabar, kerajaan PR membongkar satu demi satu salahlaku pemimpin2 BN terdahulu termasuk khir toyo

Hanya tahu memfitnah kerajaan negeri PR sahaja tiada usaha2 berbaik dgn kerajaan PR

Merampas kerajaan Perak melalui ADUN lompat yang UMNOBN tuduh sebagai perasuah dan melantik MB sendiri walhal MB pakatan tidak pun Meletak Jawatan.

Memainkan sentimen Agama, Raja dan kebangsaan selepas kekalahan untuk meraih simpati undi melayu yang mana kita tahu semasa UMNO memerintah perkara2 tersebut langsung tidak di ambil peduli''

Membuat tuduhan berasaskan Fitnah kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak mahu bekerjasama diantara kerajaan negeri PR dan kerajaan Pusat untuk kepentingan Rakyat..

Gagal mengatasi kemerosotan Ekonomi malaysia yang mana rakyat makin terbeban sedangkan bantuan melalui wang rakyat KWSP digunakan untuk Syarikat2 besar sahaja.

Gagal menangani kenaikan harga barang sedangkan harga minyak pun sepatutnya turun75sen tetapi apabila di congak2 berapa kali harga minyak diturunkan hanya 50 sen sahaja yang turun manakala 25sen kekal sehingga ke hari ini ..
Itu pun kerajaan mencanangkan kononnya harga minyak dah diturunkan.. boleh ke dikatakan harga minyak turun sedangkan masih ada baki 25sen yang tak turun lagi?? 

Tiada tindakan berkesan dalam menghadapi Jenayah yang meningkat, pendakwaan rasuah pilih kasih dan gejala sosial yang semakin parah.

Tidak berjaya mengawal kebanjiran warga asing di malaysia yang mana sekarang ini menjadi penyumbang utama kes2 jenayah di Malaysia.. Sekarang Negro pun dah banyak beb.. Malah kebanjiran ini menyekat peluang kerja untuk rakyat sendiri yang terpaksa bersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia..

Gagal menangani gejala sosial yang makin meruncing dan merisaukan di kalangan anak2 muda,
Malah mengalakkan lagi dengan penganjuran Konsert2, pertunjukkan hiburan, Pesta2an dan rancangan TV yang melalaikan dan tak bermoral.

Supaya rakyat leka dan tidak tahu tentang perkembangan politik di negara ini. Supaya mudah bagi Bn memperbodohkan rakyat untuk mengekalkan kekuasaan mereka..

Gagal melaksanakan perintah Allah dengan memartabatkan hukum Hudud sebagai perundangan tertinggi sedangkan kuasa mutlak terletak di tangan UMNO yang mengaku Islam, walaupun di beri kuasa memerintah negara sehingga ke hari ini..

Dan gagal memberi kefaham yang baik tentang Islam kepada Bukan Islam sebaliknya menakut2kan bukan Islam di negara ini kepada Hukum dan amalan Islam itu sendiri..

Pendek kata hampir tiada janji manifesto yang ditunaikan oleh BN walaupun janji cogankatanya iaitu SELAMAT, AMAN, MAKMUR yang berlaku sebaliknya ialah TAK SELAMAT, TAK AMAN DAN TAK MAKMUR makin corot lagi keadaan Malaysia hari ini dan inilah relitinya..

2. Kerajaan Pakatan Rakyat

Walaupun baru setahun jagung memerintah telah berjaya mengurangkan beban Rakyat seperti:

Mengurniakan 102 ribu lot tanah kepada kg tersusun yang 90% adalah berbangsa Melayu dan 47 ribu kepada kg baru yang 80% adalah bangsa cina..yang mereka ini adalah rakyat miskin di Perak tetapi dilaporkan di Utusan dan Berita harian tanah hanya diberi kepada bangsa cina saja ini satu penipuan dan Fitnah BN

Memberikan hadiah bekalan air bersih percuma 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat. yang mana selama 50 tahun Bn memerintah perkara sekecil ini pun tak boleh dihadiahkan kepada rakyat..

Memberikan bantuan RM2.7juta kepada sekolah S.Agama. Rakyat di Pulau Pinang dibawah PR, juga bantuan RM 25 juta kepada SAR dan SRJK(C)di Selangor..

Menganugerahkan Tanah kepada sekolah Melayu dan Cina di Perak Untuk mendidik Sekolah tersebut supaya tidak mengharapkan bantuan kepada kerajaan, 
sebaliknya mendidik mereka mengusahakan tanah tersebut dan bebas menggunakan hasil yang diperolehi sebagai sumber kewangan sekolah.. Dan menaik taraf sekolah Tamil Juga di negeri Perak

Mewujudkan tabung simpanan kepada bayi baru lahir Yang mana apabila mencecah umur 18 tahun simpanan bayi tadi menjadi beribu ringgit dan berbagai tabung warga emas sebagai usaha menjamin masa depan rakyat di bawah naungan Kerajaan PR

Memberi wang bantuan kecemasan kepada setiap warga emas Selangor yang berdaftar dengan takaful Warga emas dan memberi bantuan RM1,500 apabila berlaku kematian dan baki RM1,000 kepada waris selepas pengebumian untuk menampung beban kos2 pengurusan jenazah..

Memberi Ganjaran RM1000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti yang mana dapat mengurangkan sedikit bebanan pelajar untuk membeli berbagai keperluan pembelajaran..

Menaikkan elaun Guru Kafa Di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang semua gurunya adalah orang Melayu yang selama di zaman BN memerintah tidak pernah dinaikkan..

Memulangkan semula bantuan perkapita kepada sek agama rakyat yang sebelum ini ditarik dizaman Tun Mahathir dengan menaikkan lagi jumlah bantuan..

memberi kebebasan kepada rakyat memilih AJK surau atau Masjid yang selama ini lantikan dilakukan oleh UMNO saja..

Memberi kebebasan melantik Ketua kg mengikut kehendak rakyat sendiri tanpa campur tangan kerajaan

Memakmurkan surau dan masjid dengan Program2 Keagamaan yang semasa zaman pemerintahan BN begitu suram..

Membaiki jalan raya contoh di Sg Buluh dan Sabak Bernam tanpa perlu menunggu pilihanraya tiba..walhal jalan tersebut dah terlalu teruk dizaman BN memerintah lagi.. Zaman BN dulu nak kena tunggu PRK atau PRU baru nak repair jalanraya tu..

Mengiystiharkan harta Ahli Exco dan MB serta Adunnya yang mana sampai ke hari ini. Tiada sorang pun pemimpin BN berani membuat pengiystiharan harta..

Membuat Program Keislaman dengan solat di tempat2 awam supaya rakyat mencontohi dan mengikuti program bina Insan tersebut dengan dipimpin MB PR sendiri yang takkan pernah terjumpa dalam Pimpinan Umno..

Menganjurkan Program2 dan bengkel kemahiran untuk belia2 yang ketinggalan dan tiada pekerjaan sebagai persediaan melahirkan pekerja berkualiti pada masa akan datang. 
seterusnya memberi sinar harapan kepada Belia2 yang ketinggalan ini untuk menjadi insan berguna..

Mengiystiharkan Fasa kedua menunaikan janji manifesto PR setelah Fasa 1 telah berjaya dilakukan

Mengaktifkan Lembaga Zakat dengan memberi bantuan kepada yang benar2 miskin... sehingga kini di Sabak Bernam hampir Tiap2 bulan adanya program2 bantuan Zakat diberikan..

Jadi kesimpulannya anda sendirilah menilaikannya perbezaan antara kedua2 kerajaan tersebut Yang mana lebih mementingkan kebajikan dan mengurangkan BEBAN RAKYAT.. 

Fikirlah dengan hati yang ikhlas bukan mengikut emosi kepartian ataupun kekeliruan fikiran..
Ubah Minda Selamatkan Malaysia..

Wassalam.

Nama pelik diharam

SANTO DOMINGO: Republik Dominica mengkaji langkah mengharamkan nama pelik seperti 'Dummy Ruiz' dan 'Dear Pineapple'. Ia berikutan semakin ramai rakyat negara itu memberi nama anak mereka sempena jenama kereta, karektor kartun malah bahagian tubuh, kata pegawai. 
Seorang hakim sudah menyerahkan cadangan mengehadkan nama seumpama itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat. 
Contoh nama ganjil termasuk Mazda Altagracia; Toshiba Fidelina; Seno Jimenez (Payu dara Jimenez), Querida Pina (Dear Pineapple); Tonton Ruiz (Ruiz Bodoh) and Querido Familia Perez (Dear Family Perez). 
Nama lain menggabungkan tokoh terkenal seperti Winston Churchill de la Cruz atau Ernesto Che Perez, yang diabadikan sempena pemimpin revolusi Amerika Latin, Ernesto Che Guevara manakala yang lain merujuk kepada dadah seperti Rambo Mota (Rambo Ganja)…

Ulasan: Alhamdulillah kerana Islam mengajar kita untuk hidup dan mati. Nabi s.a.w. memerintahkan agar para orang tua memberi nama anaknya dengan nama yang baik. Seorang datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, ” Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?” Nabi Saw menjawab, “Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatirnu).” (HR. Aththusi).
Nabi juga pernah merubah nama yang artinya buruk, Barrah, menjadi Zainab. Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: Semula nama Zainab adalah Barrah. Orang mengatakan, ia membersihkan dirinya. Lalu Rasulullah saw. memberinya nama Zainab. (Shahih Muslim No.3990). Rujuk http://media-islam.or.id/2008/02/01/memberi-nama-bayi-anak-secara-islami/

Air mineral umpama ubat kuat

Amalan minum setiap hari bantu kesihatan, dipercayai perkuat stamina

LONDON: Anda ingin mengatasi masalah perasaan ghairah yang kian berkurangan? Lupakan ubat kuat atau pelbagai jenis vitamin yang hanya akan 'mengempiskan' poket, sebaliknya minumlah air galian (air mineral) yang murah dan mudah diperoleh. 

Penyelidik dari Universiti John Hopkins berkata, seorang yang menjadikan tabiat meminum air mineral sebagai amalan harian, akan mempunyai kesihatan lebih baik dan kehidupan seks yang memberangsangkan. 

"Pengambilan air mineral amat penting untuk mengimbangi amalan pemakanan dan meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga membantu menyegarkan badan, mengawal masalah tekanan dan melancarkan aliran darah. 

"Masalah berkenaan sering menjadi punca organ seks lelaki tidak cukup tegang," kata seorang penyelidik dalam pasukan itu yang dipetik akhbar The Sun. 

Bagi wanita pula, katanya, amalan meminum air mineral membantu membersihkan kulit, mengurangkan kedut, meningkatkan kesihatan jantung dan juga organ seks. 

Beliau berkata, air mineral semula jadi berbeza dengan air masak kerana ia mengandungi sejumlah zat galian yang biasanya datang dari dalam bumi. 

"Tiada zat galian tambahan dimasukkan ke dalam air mineral sebaliknya kandungan yang ada datang dari unsur semula jadi penting untuk kesihatan tubuh termasuk magnesium sulfat dan kalsium karbonat," katanya. 

Penyelidik berkenaan memberitahu, masalah kekeringan tubuh berikutan kekurangan air dalam badan adalah satu penyebab pelbagai penyakit termasuk keletihan. Agensi.

Ulasan: Minumlah air asli, tanpa gula.

Golkar tak sertai Demokrat

JAKARTA: Parti Golkar Indonesia tidak akan menyertai parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk membentuk sebuah kerajaan campuran menjelang pilihan raya presiden Julai depan. 
Susilo juga menghadapi cabaran daripada Parti Demokrat Indonesia-Perjuangan (PDI-P) pimpinan bekas pemimpin, Megawati Sukarnoputri yang membayangkan memulaukan pengundian bagi jawatan tertinggi negara itu selagi isu penipuan undi tidak selesai. 
Susilo, bekas jeneral, bakal bertanding bagi jawatan presiden bagi menerusikan pemerintahan buat penggal kedua. 
Beliau sebelum ini berkata, pakatannya bakal membabitkan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan beberapa parti Islam lain bagi membolehkan beliau melakukan perubahan diperlukan. 
Parti Demokrat mendahului sokongan dalam pilihan raya parlimen 9 April lalu memberikannya kekuatan untuk membentuk pentadbiran baru bersama parti lain. 
Golkar yang berkuasa selama 33 tahun adalah parti utama dalam kerajaan sekarang yang memenangi hanya 14 peratus undi.
Undian yang disiarkan minggu lalu oleh Institut Kajian Indonesia atau LSI menunjukkan bahawa pertandingan tiga penjuru akan berlangsung dengan Susilo meraih 59.8 peratus undi, Megawati 18.9 peratus undi manakala parti Jusuf meraih 7.7 peratus... Reuters 

Ulasan: Pemimpin yang baik dan berakhlak suka negaranya menjadi baik. Salah satu yang jadi prioriti ialah menghapuskan rasuah/korupsi.