Wednesday, April 15, 2009

Angkara FRU?

SEORANG pembantu gerai minuman di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, di Kota Bharu, buta mata kanannya terkena serpihan objek dipercayai daripada tembakan gas pemedih mata ketika rusuhan penonton selepas perlawanan Piala FA, malam Selasa lalu. Penuntut Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Mohammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dikatakan terkena objek berkenaan ketika sedang mengemas barangan jualan. Mohd Huzaifa ditenteramkan ibunya, Kamariah, di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Ulasan: FRU oh FRU (polis pencegah rusuhan)...sampai hatimu mencederakan mata bakal pemimpin masa depan. Kalaulah yang menjadi mangsa ialah anak VIP (anak menteri BN atau putera Sultan), tentu gempita jadinya. Apa boleh One Malaysia lakukan untuk membantu?

No comments: