Lebih daripada 20 tahun berlalu, wajah Daerah Sook (di Sabah) masih belum ceria. Kelihatan pada raut fizikal daerah ini, jelas menggambarkan betapa daerah ini masih terlalu lemah dari segi pembangunan. Belum ada satu pun yang boleh diangkat ke permukaan sebagai jati diri sebenar daerah ini. Sekadar dua buah bangunan sedco, tapak tamu, gerai-gerai runcit, bangunan pejabat daerah dan dewan masyarakat yang sudah usang, bangunan smk sook dan sk sook, itu seluruhnya belum dapat dikatakan sebagai hasil pembangunan yang didapat selama 20 tahun lebih. Jauh daripada itu, sook ketinggalan dengan daerah-daerah lain terutama dalam sektor pembangunan.
Inilah pesoalan yang patut kita ketengahkan dan perdengarkan kepada kerajaan BN. Sebuah parti besar yang memerintah negara dengan segala bentuk manifesto pembangunan dikumandangkan saban pilihan raya menjelang tiba. Lebih parah lagi dan sungguh menyakitkan hati apabila dibentangkan belanjawan 2007 dengan mengutamakan dasar kebajikan rakyat sebagai agenda yang digaris bawahi.
Sehingga kini, dasar-dasar pembangunan luar bandar yang dilaung-laungkan oleh kerajaan BN tidak ubah seperti pawana di pantai sepi. Sungguh indah rasanya ketika bergema namun ia hilang berlalu begitu saja tanpa kesan yang mampu diabadikan. Nyatanya, kerajaan BN selama ini sungguh memperbodoh-bodohkan rakyat sook dengan segala janji yang ditabur ketika pilihan raya. Sehingga masa berlalu dan berlalu dan berlalu, satu pun tidak ada yang kelihatan. Akibatnya, mereka yang menjadi penguasa di daerah ini terus haloba dan tamak dengan pangkat serta kedudukan mereka yang disalahgunakan.
Andai saja ada seorang pelancong asing datang ke daerah ini, lalu menanyakan hotel penginapan, maka pasti dia akan kecewa kerana di sini langsung tiada penginapan. Pelancong itu bakal kecewa sementara rakyat sook pula merasa malu kerana orang luar masih menilai daerah sook ini sebagai tempat yang belum sesuai untuk dikunjungi.
Apakah rintihan rakyat sook yang selama ini mengharapkan suatu perubahan total akan didengar oleh pemimpin BN? Ketika kempen pilihan raya, ya! Mereka dengar sambil mencatatnya satu-satu. Selepas mereka menang apa akan jadi? Mereka cuma mengadakan kenduri kesyukuran kemenangan lalu pergi tanpa catatan apa-apa. Demikianlah seterusnya, kerajaan BN terlalu arif dalam soal sandiwara. Maklumlah, barangkali di fikiran mereka, “Ah! Biarlah mereka itu..dorang tau apa…dorang itu orang kampung saja”. Tanpa disedari, sudah 20 tahun lebih BN menguasa di kawasan ini dan hasilnya cuma sekadar yang kita lihat sekarang ini. Kemunduran sook bererti kelemahan BN yang nyata.
“Anjing pun tidak sanggup lagi makan janji-janji YB sekarang”
Dari http://www.mysook.net/home/index.php?m=08&y=08&entry=entry080811-173944
No comments:
Post a Comment