Oleh: Tok Janggut.
Apa yang pembangkang tak buat dah, semaunya dah buat. Demonstrasi, perhimpunan, hantar memo, hantar surat dan berbagai lagi di hantar pada Raja-raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agung. Semuanya hampa dan sia-sia.
Repot pasal SPR termasuk bekas Pengerusinya, repot pasal polis ganas dan zalim terhadap tahanan serta belasah rakyat di perhimpunan. Repot pasal kezaliman ISA, pasal PPSMI, pasal rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO dan macam-macam lagi, apa yang pembangkang dapat? Penat dan letih sahaja. Ingatlah, tidak ada apa yang Sultan atau Agong boleh buat terhadap pemimpin UMNO ni, mereka ni lebih kebal dari Raja-raja. Semua Raja-raja takut, tunduk dan tak berani bantah keputusan pemimpin UMNO, kalau ada yang bantah, siaplah akan dihina, dicacimaki, dikutuk dan didedahkan semua hal-hal keburukan raja-raja pada media dan rakyat.. Raja-raja kini nampaknya sudah menjadi raja untuk Melayu UMNO sahaja yang hanya 10% saja jumlahnya dari keseluruhan rakyat Malaysia yang berjumlah lebih kurang 26 juta orang kini.
Pembangkang tidak pernah mendapat pembelaan dari raja-raja di atas kezaliman UMNO dan penindasan yang UMNO lakukan terhadap rakyat yang menyokong pembangkang.
Rumah rakyat miskin diroboh, dihalau secara paksa, ada ditangkap secara tuduhan rambang dan reakcipta, apa yang raja-raja dapat Bantu. Mulut raja-raja sudah ditutup oleh UMNO dengan projek mewah, denagn kawasan balak dan berbagai kemudahan lain. Rakyat bawahan juga ternganga dan terpinga-pinga seolah-olah duduk menumpang di Negara orang.
Pemimpin UMNO kini duduk atas undang-undang, dan undang-undang duduk bawah tapak kaki mereka. Hakim, mahkamah, Polis, SPR, Pejabat Peguam, SPRM semuanya ikut telunjuk UMNO. Kebanyakna ketua-ketua mereka ini mempunyai banyak masalah dalam kerjaya seperti rasuah, masalah moral, salahguna kuasa dan berbagai lagi dan ini digunakan oleh UMNO untuk mengugut mereka supaya ikut saja apa yang pemimpin UMNO arahkan, tak kiralah ianya bercanggah dengan undang-undang atau bercanggah dengan hukum Islam. Yang penting kuasa mereka kekal dan tiada siapa yang boleh pertikai apa yang mereka hendak buat.
Tokoh-tokoh agama dalam UMNO hanya tak lebih dari syaitan dan iblis bisu saja, hanya mengangguk dan akur asalkan jawatan, poket penuh dan hidup senang. Penyelewengan, rasuah, akhlak, moral dan ekzaliman pemimpin UMNO mereka buat buta, pekak dan bisu saja dan insyallah mereka ini akan mendahului pemimpin dan ahli UMNO masuk neraka tanpa hisab nanti. Najib kata rasuah jalan pintas ke neraka, sebenarnya sokong dan pertahan UMNO itu pun jalan pintas ke neraka juga. Wallahualam.
Punca: http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4220&mode=&order=0&thold=0
Komen oleh pembaca tranungkite:
ibnhjmuda: Bercakap ttg sultan n raja ni susah n sgt sensitif.selagi rakyat tidak MEYAKINI penegasan ALLAH bahawa 'yg paling mulia dikalangan kita disisiNYa adalah orang yg bertakwa' selagi itulah kebanyakkan rakyat merasakan tidak ada yg lebih patut dihormati selain sultan n raja2..membantah kata2 raja meskipun kata2 raja itu salah, dianggap penderhaka yg amat jahat lebih jahat dari pembunuh, perogol, perasuah dan seumpamanya.
ustzul: Apa yang Nabi s.a.w. boleh buat bila kena baling batu oleh penduduk Taif semasa menyampaikan kerja dakwah? Apa yg Nabi s.a.w. boleh buat ketika seluruh para sahabat diseksa, dipulau, dinaikkan harga yang mahal semasa di mekah? Begitu juga dgn Nabi Nuh a.s. duduk berdakwah bersama kaumnya selama 950 tahun, tiada org yg sokong kpdnya kecuali sedikit...Adakah usaha Nabi s.a.w. sepanjang urusan dakwah dgn bertimpa2nya azab dianggap satu kerja yg sia2? Tiada perkara yg sia-sia dalam urusan dakwah.
Inilah akibatnya bila berjuang tapi tidak ada pegangan aqidah yg betul. Semua hanya dikira ikut dunia. Awak ni pejuang dunia atau pejuang akhirat?
Sabor le. Kalu tak sabor inilah nilai iman yg ada pada kamu. Kamu menganggap ujian manusia sama seperti azab yg Allah akan bagi di akhirat. Mana sama!
matbon: Setuju seratus peratus. Cuma hanya satu jalan sahaja yang boleh menumbangkan UMNO dan BN, iaitu suara rakyat. Sebenarnya kuasa rakyat sahaja yang mengatasi segala2 nya, termasuk agong dan sultan2. Jangan lupa rakyat boleh memaksa sultan turun dari tahta, tapi bukanlah secara Hang Tuah/Hang Jebat.
Dengan itu saya ingatkan semula kepada semua rakyat Malaysia yang cinta kan negara, pilih PAKATAN RAKYAT dalam PRU ke 13 nanti. Takbir..
No comments:
Post a Comment