PUTRAJAYA 14 April - Sepasukan jurutera telah diarah menyiasat punca kegagalan perangkap petir di Hospital Putrajaya yang menyebabkan salah sebuah wad terbakar Sabtu lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini pihaknya belum mengetahui siapa yang perlu bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
''Tetapi apa yang pasti kita tidak mahu kejadian serupa berulang pada masa depan," katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.
Wad 3C di Hospital Putrajaya mengalami kerosakan teruk selepas dipanah petir sehingga mengakibatkan kebakaran pada Sabtu lalu.
Mengenai kerja membaiki wad tersebut, Tiong Lai berkata, ia mengambil sedikit masa kerana kerosakan serius yang berlaku di situ.
''Pihak bomba telah menjalankan siasatan dan kita boleh melakukan kerja-kerja membaiki dengan segera," katanya…
Ulasan: Biasanya ada sesuatu sebab kenapa perkara itu berlaku. Mungkin perlu disemak sama ada pembinaan mengikut spesifikasi dan penyenggaraan tersusun di jalankan.
No comments:
Post a Comment