PULAU PINANG 2 April – Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah lama ditukar jika hendak mencari populariti politik, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sebaliknya tegas beliau, dasar yang diperkenalkan enam tahun lalu itu tetap diteruskan walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak yang dipercayai berunsurkan politik.
Hishammuddin turut mempersoalkan mengapa sekarang baru ada pihak menjadi terlalu emosi hingga ada yang membuat laporan polis berhubung isu tersebut…
Ulasan: Masih adakah pemimpin UMNO yang tidak sukakan populariti? Atau memang mempertahankan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai dasar kerajaan BN hasil idea perseorangan Tun Mahathir di hujung-hujung pemerintahannya dulu yang tak pernah di minta oleh rakyat bahkan di tentang oleh pakar bahasa, guru dan pensyarah IPT. Sedih sangat bila Kementerian Pelajaran pun memaksakan rakyat dengan dasar yang bertentangan dengan dasar bahasa kebangsaan yang kita persetujui sebelumnya. Penentangan bermula sejak mula dan hanya akan berakhir bila PPSMI di batalkan dan kita kembali asal iaitu PPSMM. Sememangnya keputusan rakyat berhubung isu PPSMI itu dibuat berdasarkan angka, kajian serta fakta dan bukan kerana populariti politik atau pertimbangan lain tetapi demi masa depan anak bangsa. Sudah banyak rakyat bentangkan tapi kerajaan BN buat pekak badak saja.
No comments:
Post a Comment