BUKAN ramalan lagi, Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-6 Malaysia, pada pagi Jumaat, 3 April ini. Bagi orang Islam, ia adalah hari yang cukup barakah; penghulu segala hari untuk memulakan sebarang tugas dan pekerjaan. Kita berharap perjalanan kerjaya Najib demi agama, bangsa dan negara akan cemerlang…(UM, 31/3/09)
Ulasan: Tapi bukankah majlis angkat sumpah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Baru Perak di Balai Rong Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Perak diadakan pada hari Jumaat 6 Februari. 2009? Rampasan kuasa 5 Februari, yang khabarnya di orkestra oleh Najib Tun Razak telah menyebabkan krisis perlembagaan berpanjangan berlaku dalam negeri tersebut. Ertinya jangan hanya mencari berkat hari Jumaat. Yang terutama dan terpenting ialah pastikan tindakan kita selari mengikut undang-undang yang ada.
No comments:
Post a Comment