Tuesday, April 07, 2009

Rakyat AS tidak kenal Islam

WASHINGTON 6 April - Lebih separuh rakyat Amerika Syarikat (AS) mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai Islam, namun mereka tetap menyokong cadangan Presiden Barack Obama untuk memperbaiki hubungan dengan negara-negara Islam.
Kaji selidik yang dijalankan oleh The Washington Post dan ABC News menunjukkan 55 peratus responden menyatakan bahawa mereka mempunyai pemahaman yang cetek berkenaan Islam.
Tinjauan pendapat ini dilakukan pada 26 hingga 29 Mac lalu melalui telefon.
Melalui tinjuan itu, sebanyak 48 peratus memberitahu mendapat gambaran yang tidak baik berkenaan Islam, sementara 29 peratus berkata mereka melihat Islam sebagai sebuah agama yang menyokong keganasan terhadap bukan Islam.
Pada masa yang sama, 58 peratus responden menyatakan Islam adalah agama yang sejahtera…

Ulasan: Gerakkan dan semarakkan dakwah di mana-mana. Dakwah ialah tanggung jawab yang mesti di laksanakan oleh setiap orang Islam. Kita sebagai duta kecil membawa manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Akhlak kita di perhatikan orang bukan Islam. Baikilah akhlak kita kerana akhlak Rasulullah s.a.w. ialah Quran.

No comments: