Wednesday, April 29, 2009

Plaza Rakyat harus dikembalikan kepada rakyat

Najib tinjau Puduraya, Jalan Tuanku Abdul Rahman  KUALA LUMPUR 25 April – Tiga minggu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang untuk melawat tiga kawasan di tengah-tengah bandar raya, Perdana Menteri hari ini melakukan satu lagi kejutan berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Hentian Puduraya yang sentiasa sesak dengan lalu-lintas.  

Perdana Menteri kemudiannya menaiki perkhidmatan LRT yang penuh sesak ketika itu. Beliau terpaksa berdiri dari stesen Masjid Jamek ke stesen Plaza Rakyat sebelum berjalan kaki ke Hentian Bas Puduraya yang juga sesak.  

Najib kemudian bergerak untuk memeriksa bangunan projek Plaza Rakyat yang lama terbengkalai di sebelah Puduraya sebelum berlepas balik pada 4.25 petang. 
Mengenai projek Plaza Rakyat, Raja Nong Chik berkata, Najib mahu pemaju diberi kata dua untuk menyiapkannya.  

“Perdana Menteri mahukan kami memberikan had masa kepada pemaju menyiapkan projek itu. Jika mereka tidak dapat mematuhinya, kami akan tamatkan kontrak dan cari jalan lain,’’ ujarnya. 

Projek, yang pada mulanya menelan kos RM1.2 bilion itu telah diabaikan selama 12 tahun selepas ia bertukar tangan beberapa kali. Pemaju sekarang ialah Global Upline. 
– BERNAMA 

KOMEN: 
Wakil Rakyat, Ahli Parlimen, Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri memang kelihatan cantik dan betul-betul membuat kerja apabila selalu turun padang dan melawat kawasan atau bertemu rakyat. 

Hakikatnya selepas setiap lawatan rakyat menaruh harapan yang tinggi ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu apakah kesan, tindakan, perubahan dan hasil selepas dari setiap lawatan tersebut.  

Jika tidak ada apa-apa tindakan dan hasil lebih baik YAB dan YB-YB jangan melakukan lawatan takut nanti rakyat melabelkan YAB dan YB-YB sebagai pembohong dan mungkir janji. 

’Iddah paling lama yang rakyat boleh tunggu ialah 3 bulan untuk mengetahui hasil dari lawatan itu. Kalau lebih rakyat akan naik ”fedup” dan yang panas akan sejuk yang segar akan menjadi basi, yang rangup akan menjadi lemau, yang sakit akan parah. 

Kadangkala adalah lebih baik jangan membuat lawatan langsung kalau tidak boleh membawa perubahan. Lebih baik YAB dan YB-YB duduk diatas kerusi empok didalam pejabat sambil tunggu pilihanraya akan datang seperti kebanyakan wakil-wakil rakyat PAS dan PKR. 

Contoh seperti Plaza Rakyat dan Puduraya yang sudah 12 tahun di dalam penantian rakyat, tertunggu-tunggu kerana di situlah tempat pertama rakyat dari kampung, ulu dan banat seluruh negara yang menaiki bas express mula mendarat di bumi Ibukota Kuala Lumpur . 

Projek-projek kelas atasan seperti KLIA dan LCCT telah lama siap sebelum dari Plaza Rakyat lagi. Tetapi mungkin atas nama ”Rakyat” dan tidak menguntungkan tauke-tauke besar maka ia dibakulsampahkan atau dijadikan alat untuk melonjak saham-saham syarikat besar dalam pasaran saham. 

Sama-samalah kita lihat hasil dari lawatan DS Najib ini. Mungkin ada hikmahnya Tsunami Politik BN pada PRU12 yang lepas maka hak rakyat mula dapat dirasai oleh rakyat di bawah kepimpinanan Najib.  

Global Upline adalah kontraktor yang bertanggung jawab terhadap kegagalan Plaza Rakyat. Mereka adalah kontraktor kroni Daim dan Mahathir. Satu ketika dahulu Mahathir sangat mengagung-agungkan Ting Phek King ini kerana berjaya menyiapkan D'lima Resort Langkawi, hotel 1000 bilik dalam jangka masa yang singkat....

Dari: http://mummyrokiah.blogspot.com/

No comments: