Tuesday, April 07, 2009

Pakar sahkan masalah paru-paru punca kematian Kugan

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Siasatan Bebas kes kematian A Kugan di lokap polis mengesahkan punca utama kematiannya disebabkan masalah paru-paru berair akibat radang jantung dan kecederaan berganda kesan hentakan menggunakan objek tumpul di belakang badannya. Keputusan itu dibuat jawatankuasa sembilan anggota terdiri daripada pakar patologi forensik dan perubatan dari dalam dan luar negara serta seorang pemerhati bebas Majlis Perubatan Malaysia yang dilantik Kementerian Kesihatan. 
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican, yang mengumumkan keputusan itu semalam berkata, jawatankuasa berkenaan mencapai kesimpulan mereka selepas meneliti, menganalisis dan membandingkan laporan, gambar serta rekod yang disediakan pakar patologi forensik Hospital Serdang (HS) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terhadap mayat Kugan. 
Ismail berkata, hasil penelitian jawatankuasa itu juga mendapati ada beberapa persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua laporan bedah siasat berkenaan. 
“Bedah siasat pertama melaporkan ada 22 kecederaan luaran, manakala bedah siasat kedua melaporkan 45 kecederaan luaran. Bilangan kecederaan yang disenaraikan dalam laporan bedah siasat kedua tidak tepat kerana termasuk luka disebabkan ketika pemeriksaan bedah siasat pertama,” katanya pada sidang media khas di sini, semalam…

Ulasan: Sila baca sekali lagi petikan di atas. Pakar sahkan masalah masalah paru-paru berair akibat radang jantung dan kecederaan berganda kesan hentakan menggunakan objek tumpul di belakang badannya sebagai punca kematian Kugan.
Siapakah yang bertanggung jawab di atas kecederaan berganda kesan hentakan menggunakan objek tumpul di belakang badannya? Apakah kes ini akan di adili seadil-adilnya? Rasanya polis tidak di beri lesen membunuh tanpa hak.

No comments: