LONDON: Anda ingin mengatasi masalah perasaan ghairah yang kian berkurangan? Lupakan ubat kuat atau pelbagai jenis vitamin yang hanya akan 'mengempiskan' poket, sebaliknya minumlah air galian (air mineral) yang murah dan mudah diperoleh.
Penyelidik dari Universiti John Hopkins berkata, seorang yang menjadikan tabiat meminum air mineral sebagai amalan harian, akan mempunyai kesihatan lebih baik dan kehidupan seks yang memberangsangkan.
"Pengambilan air mineral amat penting untuk mengimbangi amalan pemakanan dan meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga membantu menyegarkan badan, mengawal masalah tekanan dan melancarkan aliran darah.
"Masalah berkenaan sering menjadi punca organ seks lelaki tidak cukup tegang," kata seorang penyelidik dalam pasukan itu yang dipetik akhbar The Sun.
Bagi wanita pula, katanya, amalan meminum air mineral membantu membersihkan kulit, mengurangkan kedut, meningkatkan kesihatan jantung dan juga organ seks.
Beliau berkata, air mineral semula jadi berbeza dengan air masak kerana ia mengandungi sejumlah zat galian yang biasanya datang dari dalam bumi.
"Tiada zat galian tambahan dimasukkan ke dalam air mineral sebaliknya kandungan yang ada datang dari unsur semula jadi penting untuk kesihatan tubuh termasuk magnesium sulfat dan kalsium karbonat," katanya.
Penyelidik berkenaan memberitahu, masalah kekeringan tubuh berikutan kekurangan air dalam badan adalah satu penyebab pelbagai penyakit termasuk keletihan. Agensi.
Ulasan: Minumlah air asli, tanpa gula.
No comments:
Post a Comment