Friday, April 03, 2009

Pilihan raya kecil pertaruh imej BN, UMNO

SUNGAI PETANI 2 April - Ahli UMNO diminta menebus kembali maruah mereka ekoran prestasi buruk pada pilihan raya umum tahun lalu dengan menterjemahkannya menerusi sokongan dan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil 7 April ini.

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia perlu diberikan perhatian serius memandangkan BN kini menyambut pemimpin baru berikutan peralihan kuasa kepimpinan negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pilihan raya kecil kali ini merupakan pilihan raya yang mempertaruhkan imej, maruah dan kredibiliti BN dan UMNO.

"Oleh itu, ahli-ahli UMNO perlu melihat secara serius dan menterjemahkannya dengan kemenangan kepada calon BN.

"Kita mesti ada semangat baru untuk merampas semula kerusi-kerusi terbabit sejajar dengan perubahan barisan kepimpinan negara," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama jentera gerak kerja BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Flat Paya Nahu di sini malam tadi.

Menurut Hishammuddin, tiga pilihan raya kecil yang bakal berlangsung serentak tersebut akan menjadi medan kebangkitan UMNO dan platform untuk membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO tidaklah seburuk mana.

"Sejarah sudah membuktikan bahawa BN dan UMNO bukanlah sebuah parti yang lemah, malah parti itu mempunyai track record yang cemerlang dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya...

Ulasan: Apakah ada lagi imej baik BN/UMNO? Rakyat tahu sangat bahawa BN dan UMNO ialah sebuah parti yang  mempunyai track record yang cemerlang dalam mengaut khazanah negara melalui cara yang tidak sah di samping memperkayakan kroni. Ada pemimpin BN/UMNO yang miskin?

No comments: