KIULU 12 April - Lebih 100 saudara baru dari Kampung Malanggang di sini meminta pihak bertanggungjawab menempatkan guru agama secara tetap bagi membimbing mereka untuk mempelajari ajaran Islam dengan mendalam.
Mereka yang ditemui Utusan Malaysia berkata, ketiadaan guru agama tetap menyebabkan golongan mualaf di kawasan itu berasa terpinggir dan disisihkan.
Seorang saudara baru Rashid Godiu Abdullah, 33, berkata, menempatkan guru agama adalah amat penting supaya nasib saudara-saudara baru di kampung itu tidak terabai.
"Dengan adanya guru agama, dia akan dapat menjaga hal ehwal berkaitan agama Islam untuk keperluan masyarakat mualaf, di sini.
"Setakat ini kami hanya mengharapkan guru agama dari sekolah berdekatan mengajar kami dengan sukarela. Itupun hanya seminggu sekali," katanya.
Menurutnya, segala kelengkapan sembahyang dan buku-buku agama tidak disediakan sedangkan, surau berkenaan adalah tempat solat utama oleh penduduk Malanggang…
Ulasan: Pejabat agama di mana pun di minta beri perhatian terhadap kes sebegini.
No comments:
Post a Comment